MAKSUD PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA PENGELUARAN KHAS KWSP

Utama / PENGELUARAN KHAS KWSP / MAKSUD PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA PENGELUARAN KHAS KWSP

MAKSUD PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA PENGELUARAN KHAS KWSP

Bagi yang telah buat permohonan Khas KWSP  dengan i-Akaun sebelum ini, pastikan jangan lupa buat semakan permohonan Khas KWSP juga. Terdapat beberapa status yang akan ditunjukkan iaitu ‘Permohonan anda telah diterima’ dan ‘permohonan anda tiada dalam rekod’. Disini kami akan jelaskan maknanya, semoga membantu.

 

 APA ITU PENGELUARAN KHAS KWSP

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

 

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN

  • Terkini pembayaran bagi Pengeluaran Khas yang dijadualkan pada 20 April 2022 telah diawalkan pada 18 April 2022 bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan
  • Bayaran akan dibuat kepada penerima yang lulus dalam dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment)

 

MAKSUD PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA

  • Bermaksud permohonan anda telah diterima, sedang di semak dan akan diproses secara berperingkat.
  • Bayaran akan dibuat bermula 18 April 2022

 

MAKSUD PERMOHONAN ANDA TIADA DALAM REKOD

  • Bagi status permohonan yang tiada dalam rekod pula, KWSP memaklumkan agar semak semula dan pastikan maklumat yang dimasukkan adalah sama dengan maklumat semasa permohonan dibuat.
  • Sekiranya pemohon mengalami masalah yang sama, hubungi hotline Pengeluaran Khas di 03-89224848 (waktu bekerja) untuk maklumat lanjut.

 

CARA BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli dengan menepati syarat-syarat seperti berikut:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TIDAK MEMPUNYAI AKAUN BANK

  • Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.

 

APA ITU ARAHAN BAYARAN PENGELUARAN KHAS

  • Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  • Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  • Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.

 

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh merujuk laman sesawang Portal Rasmi KWSP

 

ARTIKEL LAIN

PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP (BILA TARIKH DUIT MASUK BANK?)

34 Comments

  1. Saya tersilap pilih jumlah pengeluaran dan ingin menukar jumlah. Harap pihak KWSP dapat membantu saya dengar kadar segera.

  2. Saya tersilap tarik amaun hri tu..sye ltak 1k sja dan itu cuma utk 1st month shaja..boleh x sya keluarkan lagi amaun yg lebih tu..harap pihak i sinar boleh buka balik prmohonan utk yg salah letak amaun..terima kasih😊

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *