CHECK JENIS DARAH DI FARMASI KLINIK HOSPITAL KERAJAAN (Harga Ujian)

Utama / CHECK JENIS DARAH / CHECK JENIS DARAH DI FARMASI KLINIK HOSPITAL KERAJAAN (Harga Ujian)

CHECK JENIS DARAH DI FARMASI KLINIK HOSPITAL KERAJAAN (Harga Ujian)

Sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan jenis darah anda, semestinya anda ingin mengetahui caranya dan harga ujian darah terkini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara check jenis darah di klinik atau hospital, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN DARAH

Ujian darah adalah antara ujian diagnostik yang kerap dilakukan untuk membantu doktor memahami sesuatu penyakit. Profil sel darah boleh diakses melalui ujian darah untuk mengenal pasti jangkitan kuman atau penyakit berkaitan imun badan. Selain itu, ujian darah juga dapat menilai profil organ-organ di dalam badan untuk memastikan sama ada organ berfungi secara baik atau tidak.

 

JENIS KUMPULAN DARAH

Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Antibodi-antibodi anti-A dan anti-B yang berkaitan ini biasanya berupa antibodi “Imunoglobulin M”, atau singkatannya IgM. Antibodi IgM ABO dihasilkan pada tahun-tahun pertama kehidupan dengan dipekakan kepada bahan-bahan persekitaran seperti makanan, bakteria, dan virus.

FenotipGenotip
AAA atau AO
BBB atau BO
ABAB
OOO

 

PANDUAN SEBELUM UJIAN DARAH

Berikut adalah merupakan panduan ringkas sebelum anda membuat ujian darah:

  • Pastikan anda tidur dan rehat yang secukupnya (sekurang-kurangnya 7 jam) untuk memastikan tekanan darah, denyutan nadi dan ritma jantung berada pada tahap yang normal.Tekanan darah yang tinggi boleh mempengaruhi keputusan ujian darah.
  • Anda digalakkan untuk datang awal pagi terutama jika melibatkan pengambilan ujian darah yang perlu berpuasa untuk mengurangkan risiko kurang gula atau tidak tahan lapar. Paras gula yang rendah dalam darah akibat berpuasa terlalu lama boleh meningkatkan risiko pengawalan bacaan gula yang tidak seimbang.
  • Kebiasaanya sampel darah akan diambil dari saluran darah vena di bahagian pelipat siku, oleh itu anda disyorkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk memudahkan proses pengambilan darah.
  • Pengambilan ubat ubatan adalah dibenarkan sebelum pengambilan ujian darah. Anda disyorkan untuk mengambil ubat-ubatan bersama air kosong untuk mengelakkan kesan interaksi ubat. Pengambilan ubat-ubatan bersama air manis seperti kopi, teh atau susu perlu dielakkan kecuali diarahkan oleh doktor atau pegawai kesihatan.

 

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEBELUM UJIAN DARAH

Pastikan anda elakkan melalkukan perkara berikut sekiranya ingin membuat ujian darah:

  • Pengambilan alkohol dan merokok kerana boleh menghasilkan keputusan ujian darah negatif palsu, oleh itu perlu dielakkan sebelum pengambilan darah.
  • Senaman atau aktiviti fizikal yang berat juga boleh menganggu keputusan ujian darah,

 

TEMPOH PUASA SEBELUM UJIAN DARAH

Semestinya anda dikehendaki untuk berpuasa sebelum melakukan ujian darah. Tempoh puasa yang disyorkan adala selama 8-10 jam sebelum pengambilan ujian darah. Sepanjang tempoh berpuasa, semua jenis makanan dan minuman lain tidak dibenarkan. Hanya air kosong sahaja yang dibenarkan semasa berpuasa.

 

 JENIS UJIAN DARAH

Berikut adalah merupakan jenis ujian darah yang dilakukan iaitu:

  • Ujian glukosa darah
  • Ujian insulin
  • Ujian kolestrol darah
  • Ujian transferase gamma-glutamil.

 

TEMPOH KEPUTUSAN UJIAN DARAH

Masa menunggu untuk keputusan ujian darah bergantung kepada beberapa faktor. Ujian yang rumit mengambil masa yang lebih lama untuk dianalisa berbanding dengan ujian yang mudah dianalisisa, oleh itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk memperolehi keputusan ujian.

 

HARGA UJIAN DARAH KLINIK SWASTA

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga Ujian Darah bagi klinik atau Hospital swasta

  • Bermula dari RM60 sehinggan RM300

Nota: Kadar harga mungkin berbeza mengikut lokasi klinik yang anda kunjungi.

 

HARGA UJIAN DARAH KLINIK KERAJAAN

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga Ujian Darah bagi klinik atau Hospital Kerajaan

 

ARTIKEL LAIN

BERAPA KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA(Semak Harga & Pakej Terkini)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *