CIMS 3.0 : CARA DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP

Utama / CIMS MITI / CIMS 3.0 : CARA DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP

 

CIMS 3.0 : CARA DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP

Bagi syarikat yang termasuk dalam beberapa sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi, anda boleh DAFTAR & BUAT PERMOHONAN SYARIKAT BEROPERASI SEMASA PKP melalui CIMS 3.0.

Untuk makluman anda, sebelum membuat permohonan,anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

CARA DAFTAR CIMS 3.0

Jika belum pernah daftar, sila rujuk maklumat berikut:

1. Anda perlu melayari portal web https://www.miti.gov.my

2. Klik ikon CIMS 3.0

3. Berikut adalah maklumat yang dipaparkan di skrin anda :

  • permohonan untuk syarikat meneruskan operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP)
  • application for companies to continue operation during the movement control order (MCO)

4. Klik DAFTAR

5. Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0

6. Muat turun, baca serta fahami SOP yang dikeluarkan

Berikut adalah senarai SOP yang dikeluarkan :

  • SOP dan Protokol yang Am
  • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
  • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
  • SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan

7. Anda perlu ( tick )

Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

8. Seterusnya anda dikehendaki untuk mengisi maklumat berikut:

  • Isikan Nama Penuh
  • Isikan Email
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
  • Masukkan Kata Laluan
  • Masukkan Kata Laluan sekali lagi

9. Pilih salah satu sahaja:

  • No Lesen Pengilang
  • No Pendaftaran SSM
  • No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS

10. Klik Daftar

11. Andai proses berjalan lancar, anda akan di bawa ke Dashboard CIMS 3.0

cuba juga mohon PROGRAM INSENTIF USAHAWAN UDA 2021 

CARA BUAT PERMOHONAN CIMS 3.0

Berikut kami kongsikan cara ke anda sebagai panduan membuat permohonan untuk syarikat beroperasi semasa PKP  :

  • Layari miti.gov.my atau https://application.miti.gov.my/login
  • Masukkan Emel
  • Masukkan Kata Laluan yang telah anda tetapkan semasa pendaftaran
  • Klik Log Masuk
  • Paparan untuk membuat permohonan disediakan,lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

jangan juga tidak memohon SPIN TEKUN 

SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASI CIMS 3.0

  • Pembinaan
  • Pengilangan dan pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Perdagangan Pengedaran
  • Perladangan dan komoditi
  • Lain – Lain – Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

Bagaimana nak buat SEMAKAN STATUS CIMS MITI?

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Anda boleh layari https://www.miti.gov.my/ atau ikut laman facebook MITI https://www.facebook.com/MITIMalaysia/ bagi mendapatkan info dan maklumat terkini

 

 

 

 

 

 

 

9 Comments

  1. Saya TAN. Saya tidak faham. Kalau saya salah seorang jururawat di hospital swasta yang merupakan salah seorang pekerja perlu. Soalan saya tentang surat perlepasan jalan. Adakah memadai kalau hospital keluarkan surat perlepasan jalan atau majikan harus log masuk CIMS 3-0 untuk keluarkan surat kepada kami. Terimakasih

  2. Assalamualaikum Wrt. Wbt. Tuan/Puan,

    Maaf ya, saya nak tumpang tanya samada syarikat Konsortium PAE Sepakat Sdn Bhd (960483M) boleh beroperasi semasa tempoh PKP 3.0 ini, terima kasih

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *