CLAIM DUIT SOCSO 2024:CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian Kemalangan Accident Cacat)

Utama / DUIT SOCSO / CLAIM DUIT SOCSO 2024:CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian Kemalangan Accident Cacat)

CLAIM DUIT SOCSO 2024:CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian Kemalangan Accident Cacat)

Adakah anda mengetahui ataupun pernah mengenai mengenai Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau mungkin lebih dikenali dan dituturkan oleh natizen sebagai SOCSO (Social security Organization).

Bagi seorang pekerja dalam bidang swasta, caruman SOCSO ini adalah wajib. Daripada pihak pekerja mahupun majikan. Jika terdapat majikan yang enggan mencarum SOCSO untuk pekerjanya, majikan itu sebenarnya telah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan. Sebelum membuat tuntutan, anda boleh CHECK NOMBOR SOCSO:SEMAKAN NOMBOR AHLI PERKESO

 

MAKLUMAT MENGENAI SOCSO

SOCSO adalah bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan dalam bentuk wang tunai serta manfaat-manfaat lain kepada pekerja di dalam sektor swasta jika berlakunya keadaan kecemasan, ditimpa kecelakaan, dijangkiti penyakit, cedera ataupun meninggal dunia ketika sedang bekerja. Oleh yang demikian, hal ini amat penting sekali buat para pekerja.

 

SKIM DI BAWAH SOCSO YANG BOLEH CLAIM DUIT SOCSO

  1. SKIM INSURANS PEKERJA (SIP)

terdapat juga bantuan daripada SOCSO dalam bentuk elaun tunai berjumlah RM600 untuk tempoh tiga bulan kepada mana-mana pencarum yang kehilangan pekerjaan.

 

  1. SKIM PENCEN ILAT

Keilatan adalah dimana situasi pekerja uzur kekal, tidak boleh diubati atau kemungkinan tidak akan sembuh. Contohnya seperti seorang yang menghidap penyakit kritikal yang boleh membawa maut. Kanser tahap tinggi misalnya. Serangan strok atau seumpamanya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan pekerja itu tidak boleh lagi mencari nafkah. Skim ini memberi perlindungan kepada perkerja daripada keilatan.

 

  1. SKIM BENCANA PEKERJAAN

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca atau kesan daripada pekerjaan yang dilakukan ataupun kemalangan di tempat kerja.

 

CARA TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian,Kemalangan,Accident,Cacat)

Jabatan Sumber Manusia, syarikat pekerja akan memainkan peranan dalam proses tuntutan yang dilakukan. Mereka haruslah membantu dari segi memberi panduan untuk proses membuat tuntutan. Oleh yang demikian, pekerja atau ahli keluarganya harus segera menghubungi pihak syarikat untuk mendapati segala maklumat atau perincian.

 

TUGAS MAJIKAN

Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO dengan mengisi Laporan Kemalangan (Borang 34) dan kemukakan bersama:

1) Kad perakam waktu atau rekod kedatangan (punch card)

2) Sijil cuti sakit pekerja

3) Salinan kad pengenalan

Semua dokumen haruslah dihantar kepada Pejabat PERKESO yang berkenaan untuk kemalangan semasa di tempat kerja.

 

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK CLAIM DUIT SOCSO DAN MENGELAKKAN DARIPADA TUNTUTAN DITOLAK

  • Borang tuntutan (Borang 10)
  • Surat pengenalan daripada majikan
  • Borang PKS 24 (tuntutan bayaran ganti belanja perjalanan)
  • Borang PKS 26 (Laporan tuntutan bayaran ganti belanja am)
  • Resit rawatan asal (untuk yang berpenyakit)
  • Salinan kad temu janji
  • Salinan laporan perubatan (jika ada)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYOKONG PROSES CLAIM

  • Borang permohonan
  • Salinan kad pengenalan
  • Laporan perubahan sama ada hospital atau klinik di mana pekerja mendapatkan rawatan
  • Borang 10
  • Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman SOCSO
  • Butiran akaun bank pekerja yang membuat permohonan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web rasmi SOCSO pada pautan ini www.perkeso.gov.my.

 

20 Comments

  1. Nak tanya suami saya neninggal dunia thn 2008 kenapa tak dapat khairat kematian, sy dah pegi pejabat perkeso ampang

  2. saya menghadiri jemaah doktor rayuan untuk rayuan pencen ilat pada 3/1/2022 .Berapa lama saya dapat keputusan rayuan itu
    nama :Norasikin bt Abdullah
    ic:661029015184

  3. Sy xcciddent dh 4 bln macam mana nk claim soczo ni….dulu sy kne covid positif pon sy xtau cara nk claim

  4. Saya nak tahu dua tahun lepas saya ada accident dekat mata dan saya tak tahu majikan saya tak buat report kepada SOCSO dengan insurans pasal saya accident dan dia bayar pakai duit syarikat punya dalam berapa ribu Jah dan saya nak tahu dapat lagi ke saya buat report pasal majikan tak buat report pekerja Sidin..

  5. Sy kemalangan 6january 2022 borang2 clim socso dh hantar sebulan lepas lengkap dgn surat mc selama 3bln skrg msh jalani rawatan.brp lama dpt bayaran

  6. Berapa lama tempoh socso membuat bayaran kepada pencarum yang terlibat kemalangan?

  7. bagaimane nak semak online status Lulus atau tidak claim socso untuk claim ke-2 , bila akan membuat bayaran ?

  8. Memohon / Claim kemalangan
    Kemalangan & MC: 5/8/2022 – 1/11/2022
    Mencarum PERKESO: 1983 – 2018

  9. Saye patah jari kecil joints sebelah kiri ???saye nak tahu harga joints jari kiri kecil?saye nak tahu berape lame anda dpt duitnya??saye serah pada majikan saye claim patah jari?saye masih mc !….t.q….my name sathya ..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *