CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)

Utama / CLAIM KERETA KENA BANJIR / CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)

CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)

Kejadian yang tidak diingini seperti bencana alam seperti banjir, ribut dan sebagainya memang tak boleh dijangkakan dan dielakkan.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan kereta kena banjir? Sekiranya anda ingin membuat tuntuan kereta anda sekiranya ditenggelami banjir, disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARUMAN CLAIM KERETA KENA BANJIR

Untuk membuat tuntutan claim insurans kereta kena bajir ini, hanya boleh dituntut jika anda mencarum Special Perils. Sekiranya anda tiada coverage ini, sememangnya anda kena repair sendirilah. Jika ada Special Perils (flood) , boleh terus hubungi syarikat insurans atau takaful anda.

Perlindungan bencana alam ini boleh didapati ketika pembaharuan atau pembelian polisi insurans komprehensif kereta anda. Mengikut sumber dalaman industri, anggaran tambahan premium boleh mencapai daripada kadar harga RM100 – RM280 setahun.

Syarikat InsuransManfaatKadar Premium
(*kadar premium x nilai semasa kereta)
Allianz MalaysiaBencana alam0.25%
AM GeneralBanjir, ribut taufan, dan tanah runtuh0.23%
AXA AffinBencana Alam0.23%
Etiqa TakafulBencana alam0.50%
Etiqa TakafulBanjir dan ribut taufan0.27%
RHB Insurance (Full Cover)Bencana Alam0.25%
RHB Insurance (Limited Cover)Bencana Alam0.40%
Zurich TakafulBanjir dan tanah runtuh0.20%

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEKIRANYA KERETA KENA BANJIR

Sekiranyan kenderaan anda ditenggelami banjir, ini perkara yang anda perlu ketahui:

  1. Jangan start enjin kenderaan anda.
  2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
  3. Sekiranya bila banjir dah surut terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
  4. Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.

  

CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR

Berikut adalah merupakan langkah untuk membuat tuntutan sekiranya kenderaan anda kena banjir:

  1. Hubungi pihak insurans
    • Anda boleh menghubungi pihak insurans anda sekiranya kereta anda rosak akibat air banjir dan memerlukan perkhidmatan trak tunda.
    • Pastikan anda tidak memandu kereta anda sendiri kerana ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan kereta yang lebih teruk.
  2. Kumpulkan bukti – Senarai butiran dan/atau dokumen-dokumen yang diperlukan oleh kebanyakan syarikat insurans dalam urusan tuntutan insurans:
    • Catatan lokasi dan masa/tarikh kereta ditenggelami banjir
    • Ambil gambar kerosakan kereta yang ditenggelami banjir
    • Salinan lesen memandu pemilik kereta
    • Salinan kad pengenalan pemilik kereta
    • Salinan geran kereta
    • Salinan polisi insuran
    • Butiran/dokumen sokongan yang menjelaskan kerosakan kereta (sekiranya ada)
  3. Buat laporan polis
    • Jika diikutkan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh masa 24 jam. 👮
    • Jika anda mempunyai alasan yang munasabah, anda masih boleh membuat laporan polis walaupun melepasi tempoh masa 24 jam.
    • Bila keadaan mengizinkan, anda hendaklah membuat laporan polis secepat yang mungkin.
  4. Serahkan borang tuntutan dan dokumen sokongan kepada syarikat insurans
    • Setelah mengumpul dokumen-dokumen yang diperlukan, anda hendaklah menyerahkan borang tuntutan bersama dokumen-dokumen tersebut kepada agen insurans atau syarikat insurans anda.
    • Mereka akan memaklumkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan bagi memproses tuntutan anda. ⌛
  5. Hantar kereta anda ke bengkel panel
    • Anda hendaklah menghantar kereta anda ke bengkel panel syarikat insurans anda. Senarai bengkel panel di kawasan anda boleh didapati daripada pihak insurans anda.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *