CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS (Dapat RM250 Setiap Tahun)

Utama / DAFTAR AKAUN KWSP ANAK / CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS (Dapat RM250 Setiap Tahun)

CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK 14 TAHUN KE ATAS (Dapat RM250 Setiap Tahun)

Untuk penegtahuan anda, sebenarnya akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini boleh didaftarkan kepada anak anda berusia seawal 14 tahun dan ke atas.  Dengan  pendaftaran akaun KWSP untuk anak ini, kerajaan juga ada insentif tambahan sehingga RM250 setiap tahun.

Disini kami akan kongsikan cara daftar akaun KWSP anak, semoga membantu.

 

KELEBIHAN DAFTAR AKAUN KWSP ANAK

Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda membuka akaun KWSP anak:

  • Simpanan jangka panjang anak
  • Terima insentif tambahan oleh kerajaan maksimum RM250 setahun (15% dari jumlah simpanan)
  • Menyimpan pada usia muda
  • Dapat dividen patuh Shariah setiap tahun
  • Sumbangan tidak wajib dibuat secara bulanan
  • Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500

 

MANFAAT AKAUN KWSP ANAK

Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperolehi:

  • Kerajaan ada memberikan insentif tambahan RM250 (maksimum setahun), sebagai contoh jika anda carumkan wang RM2,000, kerajaan akan tambah RM250 selaku galakan di bawah insentif skim i-Saraan.
  • Sumbangan ke akaun KWSP anak TIDAK WAJIB dibuat secara BULANAN. Bayaran caruman i-Saraan boleh dibuat secara online secara asing di rumah melalui online banking ibu bapa. Pegawai yang bantu anda mendaftar akaun akan berikan kertas panduan untuk pindahkan duit ke akaun terbabit.
  • Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.

 

CARA DAFTAR AKAUN KWSP ANAK

Sekiranya anda berminta untuk mendaftar akaun KWSP anak, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke Kiosk KWSP berhampiran dengan anda
  2. Pastikan bawa anak anda sekali kerana daftar sebagai ahli KWSP perlukan IC anak dan cap jari anak tersebut.
  3. Setelah siap, beritahu kepada pegawai KWSP untuk buka i-akaun dan beralih ke simpanan Shariah terus.
  4. Pegawai KWSP tersebut akan membantu anda untuk siapkan permohonan anda
  5. Setelah i-akaun siap, pegawai KWSP tersebut akan bantu mendaftarkannya ke akaun Simpanan Shariah.
  6. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai akaun KWSP anak, sila layari website rasmi KWSP di pautan  https://www.kwsp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR PROGRAM KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA KWSP (Borang & Bayar)

 

3 Comments

  1. Harap insentif ini dapat diteruskan pada tahun 2023 untuk.menggalakkan lebih ramai ibu bapa menabung untuk anak2 dalam skim yang lebih terjamin.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *