DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)
Terdapat banyak skim pelaburan yang ditawarkan pada masa kini. Pelaburan adalah penting untuk kita membina atau merancang kewangan pada masa hadapan. Namun, setiap pelaburan ada risikonya. Kesimpulannya kita seharusnya perlu berhati-hati dan mencari ciri pelaburan yang bersesuaian dengan pegangan kita.
Adakah anda mencari kaedah pelaburan berlandaskan prinsip Syariah? Tahniah! Wahed Invest adalah jawapannya. Wahed Invest merupakan pelaburan yang telah diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SCM) sebagai Pelaburan Islamik Digital yang pertama di Malaysia. Justeru, Wahed Invest adalah pelaburan yang selamat.
APA ITU WAHED INVEST?
Wahes Invest adalah satu platform pelaburan digital islamik. Wahed Invest diuruskan oleh Wahed Technologies SDN.BHD. (MALAYSIA). Firma pelaburan ini berpusat di Amerika Syarikat dan mula ditubuhkan sejak 2015 lagi. Mengikut data yang diperoleh, terdapat hampir 200,000+ pelabur yang melabur melalui platfom digital ini di seluruh dunia.
Wahed Invest amat menekankan ciri pelaburan halal yang telus tanpa perjudis kepada pelabur. Malah, Wahed Invest memastikan setiap pulangan adalah halal dan diteliti oleh Panel Penasihat Syariah yang diperakui. Jika anda berminat, berikut adalah cara daftar akaun Wahed Invest Malaysia.
CARA DAFTAR WAHED INVEST MALAYSIA(Register Online)
Berikut ialah cara daftar akaun Wahed Invest menggunakan App Store atau Google Play:
Jika anda mempunyai referral code, sila masukkan untuk mendapatkan USD10 secara percuma kedalam akaun anda. Anda boleh teruskan jika tiada.
- Sila muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store untuk Android dan gunakan App Store untuk iOS.
- Selepasmuat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan tiba di paparan permulaan. TekanGet Started.
- Kemudian, anda akan tiba di paparan untuk membuat pendaftaran akaun. PadaEmail, masukkan alamat emel anda. Tekan butang biru anak panah kanan di bawah.
- Masukkanpassword yang anda ingin gunakan yang bersesuaian. Password anda mestilah minimum lapan aksara, dan mesti alphanumeric (gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol).
- Tekan butang biru untuk teruskan.
- Sila rujuk pada emel anda untuk membuat pengesahan. Satu kod pengesahan akan dihantar melalui emel anda.
- PadaVerification Code, masukkan kod pengesahan yang dihantar kepada emel anda. Kemudian, tekan Verify.
- Anda boleh tekanResend Code sekiranya tiada kod yang dihantar ke emel anda, untuk aplikasi menghantar kod pengesahan sekali lagi.
- Pada paparan seterusnya, tekan butangEnable Notificationsuntuk terima notifikasi Wahed Invest Malaysia
- Jawab soalan yang dikemukakan pada aplikasi tersebut. Soalan ini adalah bertujuan untuk membina portfolio pelaburan yang lebih spesifik kepada anda dan menampakkan matlamat.
- Pada laman seterusnya, tekanCreate My Account.
- Untuk laman seterusnya, padaFirst Name, masukkan nama pertama/panggilan anda. Tekan butang biru anak panah.
- PadaLast Name, masukkan nama akhir/nama keluarga anda. (Nama panggilan dan nama keluarga ini ialah untuk mereka yang bukan beragama Islam. Bagi yang beragama Islam, anda boleh sahaja menggunakan nama panggilan anda di kedua-duaFirst Name dan Last Name, atau Muhammad pada First Name, dan nama anda yang seterusnya pada Last name, Misalnya, Muhammad pada First Name, dan Fadzil pada Last Name). Tekan butang biru anak panah.
- Pada paparan seterusnya, untukWhat is your birth date?, masukkan tarikh lahir anda. Tekan butang biru anak panah.
- Seterusnya, pilih sama ada rumah anda ialah rumah apartment/rumah flat (Apartment), atau rumah sebiji untukHouse.
- JikaApartment, masukkan perincian alamat anda padaFlat Number, Building Name, Building Number, dan Street Name.
- JikaHouse, masukkan maklumat padaHouse Number, Street Name, City, dan Zip/Postal Code (optional). Tekan butang biru anak panah.
- Masukkan nombor telefon anda pada ruanganPhone Number. Tekan butang biru anak panah.
- Kemudian, anda akan mendapat SMS daripada Wahed yang mengandungi kod pengesahan.
- Masukkan kod pengesahan ini diVerification Code. Sekiranya anda tidak mendapat kod ini, tekanResend Code. Jika masih tidak berkesan, tekan Call me.
- Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa soalan yang anda perlu tanda.
- Pada soalan pertama, tandakanYes, menandakan bahawa anda ialah Warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
- Pada soalan kedua, tandakanYesatau No, untuk soalan sama ada anda memegang status sebagai penduduk tetap di mana-mana negara selain Malaysia.
- Pada soalan ketiga, tandakanYes, bahawa anda sedang menetap di Malaysia.
- PadaChoose your gender, pilih jantina anda.
- PadaMarital Status, pilih status perkahwinan anda.
- PadaChildren, pilih jumlah anak anda.
- Tekan butangNext.
- Kemudian, pada paparan seterusnya,tickpada I accept all terms and agreements.
- Tekan butangOpen My Account.
- Paparan akan meminta untuk anda Allow access for identify verification. Klik pada kamera dan mikrofon seterusnya tekan Next.
- Tekan anak panah dan sekali lagi pilih negara anda dan tempat lahir.
- Masukkan no kad pengenalan dan tekan anak panah. Pada paparan seterusnya, anda dikehedaki untuk mengambil gambar samada kad pengenalan/passport/lesen memandu atau kad penempatan.
- Paparan seterusnya anda diminta untuk mengambil gambar selfie. Setelah itu, paparan akan menunjukkan cara untuk memasukan duit ke dalam akaun anda. Anda boleh tekan skip.
- Pendaftaran akaunWahed Investkini sudah berjaya.
CARA LOGIN AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA
- Sila klik https://wahedinvest.com/login/
- Kemudian sila pilih negara > MALAYSIA
- Masukan email dan password anda
- Klik LOGIN
Macam mana cara nak DAFTAR AKAUN RAIZ INVEST?
SOALAN LAZIM
ADAKAH MAKLUMAT PERIBADI SAYA SELAMAT DENGAN WAHED INVEST?
Ya, maklumat peribadi anda adalah selamat bersama Wahed Invest. Sila rujuk polisi keselamatan untuk lebih lanjut.
BERAPAKAH JUMLAH MINIMUM PELABURAN UNTUK MEMBUKA AKAUAN PELABURAN WAHED INVEST?
Minimum pelaburan adalah sebanyak RM100 sahaja.
ADAKAH DAFTAR AKAUN WAHED INVEST DITERIMA JIKA ADA MAKLUMAT TIDAK LENGKAP?
Pendaftaran tidak akan diterima sekiranya akaun tidak lengkap. Anda dikehendaki untuk memasukkan maklumat yang betul atas tujuan keselamatan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk lebih pertanyaan mengenai cara daftar akaun Wahed Invest, sila emelkan kepada [email protected] / menelefon / WhatApps ke talian 016 299 1615.
5 thoughts on “DAFTAR AKAUN WAHED INVEST MALAYSIA:CARA REGISTER LOGIN ONLINE(APLIKASI PELABURAN PATUH SYARIAH)”