CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)

Utama / Go+ Touch ‘N Go eWallet / CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)

CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)

Perhatian…perhatian,Touch ’n Go eWallet kini dilihat telah mengemaskini sokongan pelaburan Go+, menjadikanya mesra muslim, dan akhirnya telah melabelkannya sebagai sebuah pelaburan yang patuh syariah.Dengan langkah ini, ia membolehkan mereka yang beragama Islam turut menyertai Go+, dan melakukan pelaburan serta menerima pulangan harian melaluinya.DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet

Baca juga CARA RENEW KAD TOUCH N GO (Expired /Tamat Tempoh)

 

APA ITU Go+ Touch ‘N Go eWallet

Go+ merupakan ciri yang telah diperkenalkan pada Mac lepas, membolehkan pengguna membuat pelaburan menggunakan baki dompet digital, atau membuat pelaburan melalui perbankan atas-talian.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pelaburan di Go+ pada dompet digital TNG eWallet bermula hari ini pada nilai permulaan serendah RM10.

 

CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet

Bagi melayakkan anda menggunakan Go+, terlebih dahulu anda perlu buat pengesahan akaun serta naik taraf akaun Touch ‘N Go eWallet kepada akaun premium dengan menghantar maklumat peribadi bersama matlumat ID

 

  1. Buka aplikasi Tng eWallet pada halaman utama
  2. klik pada ikon Go+
  3. Kemudian anda dibawah kepada halaman Go+. Klik pada “Upgrade Now”
  4. Anda perlu masukkan maklumat peribadi seperti pekerjaan, pendapatan tahunan, dan sebagainya.
  5. Klik “Submit”
  6. Untuk permulaan, anda perlu masukkan nilai pelaburan serendah RM10 sama ada menggunakan FPX Online Banking atau baki eWallet anda dan klik “Next”. Selesaikan pembayaran seperti biasa sehingga selesai
  7. Anda kini sudah melabur menggunakan Go+ dengan pulangan sebanyak 1.43% p.a. (per annum) dan mungkin berbeza dari hari ke hari.

 

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Setakat ini, pihak TnG eWallet membenarkan pengeluaran (cash out) ke akaun bank tanpa sebarang caj tambahan dan boleh dibawa keluar pada bila-bila masa sahaja dengan baki sekurang-kurangnya RM10.

 

Jika anda buat transaksi penambahan pelaburan sebelum jam 4 petang, keuntungan harian akan diberi pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu konsep pelaburan. Skim pelaburan Go+ ini juga tidak menjanjikan pulangan dan keuntungan.

 

SOALAN LAZIM

 

Bolehkan saya menukar nombor telefon mudah alih?

Ya, anda boleh menukar nombor telefon yang berdaftar dengan Touch ‘n Go eWallet.

 

Bagaimanakah saya boleh melakukan pengeluaran wang daripada GO+?

Anda boleh mengeluarkan wang ke baki Touch ‘n Go eWallet anda ataupun ke akaun bank yang didaftar dalam dengan anda.

 

Apa yang perlu saya melakukan jika saya terhilang telefon pintar saya yang mempunyai akaun Touch ‘n Go eWallet saya?

Hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 50223888 dengan segera untuk membatalkan akaun Touch ‘n Go eWallet anda. Ini adalah untuk melindungi baki wang dalam akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web Go Plus Touch ‘N Go eWallet di https://goplus.tngdigital.com.my/

 

Artikel Lain

CARA GUNA MYKAD SEBAGAI TOUCH ‘N GO( Link & Semak Baki  Di TnG eWALLET)

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *