CARA DAFTAR BORANG PERKAHWINAN JPN ONLINE(JPN Marriage Registration)

Utama / DAFTAR PERKAHWINAN JPN / CARA DAFTAR BORANG PERKAHWINAN JPN ONLINE(JPN Marriage Registration)

CARA DAFTAR BORANG PERKAHWINAN JPN ONLINE (JPN Marriage Registration)

Kepada yang bukan beragama islam yang ingin membuat pendaftaran perkahwinan di malaysia boleh membuat permohonan melalui permohonan lesen atau persetujuan perkahwinan di bawah akta membaharui undang-undang (perkahwinan dan perceraian) 1976 [akta 164]. Disini kami kongsikan cara daftar, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU DAFTAR PERKAHWINAN JPN BERLESEN

  • Pendaftaran perkahwinan di bawah Akta 164 adalah WAJIB bagi semua Warganegara Malaysia yang bukan beragama Islam.
  • Kelulusan lesen yang dinyatakan di bawah perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan iaitu:
    • Lesen perkahwinan bagi pihak-pihak yang mempunyai tali persaudaraan yang dilarang (JPN.KC01A).
    • Lesen perkahwinan tanpa memerlukan notis perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan dibawah subseksyen 21(1) (JPN.KC01C)
    • Lesen dibawah subseksyen 21(2) (JPN.KC01D).
  • Manakala bagi Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (JPN.KC01E) perlu dikemukakan selepas permohonan pendaftaran perkahwinan dibuat di JPN.
  • Lesen dibawah subseksyen 21(3) (JPN.KC01E).
  • Bagi permohonan perkahwinan yang memerlukan persetujuan perkahwinan di bawah subseksyen 12(1) (JPN.KC01B) perlu diperolehi sebelum permohonan pendaftaran perkahwinan dikemukakan.

 

JENIS DAFTAR PERKAHWINAN BERLESEN

Berikut adalah merupakan jenis pendaftaran perkahwinan berlesen:

  1. LESEN JPN.KC01A – Perkahwinan Tali Persaudaraan Di Larang
  2. LESEN JPN.KC01C – Lesen perkahwinan tanpa memerlukan notis perkahwinan dan perakuan untuk perkahwinan di bawah subseksyen 21(1) – tanpa pamer
  3. LESEN JPN.KC01D – Perkahwinan bagi pasangan perempuan berumur genap 16 tahun tetapi di bawah 18 tahun mengikut subseksyen 21(2)
  4. LESEN JPN.KC01E – Lesen perkahwinan di luar pejabat pendaftar

 

KADAR BAYARAN DAFTAR PERKAHWINAN JPN BERLESEN

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap jenis permohonan lesen:

  1. LESEN JPN.KC01A – RM2.00 sekiranya diluluskan.
  2. LESEN JPN.KC01C – RM100.00 sekiranya diluluskan.
  3. LESEN JPN.KC01D – RM10.00
  4. LESEN JPN.KC01E – RM500.00 sekiranya diluluskan.

 

CARA PERMOHONAN DAFTAR PERKAHWINAN JPN BERLESEN

Untuk membuat permohonan daftar perkahwinan berlesen, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda
  2. Pastikan anda mematahui syarat dan membawa dokumen yang diperlukan beserta kadar bayaran
  3. Ikuti arahan selanjutnya dari pegawai JPN sehingga urusan anda selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar perkahwinan JPN, sila layari website rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di pautan https://www.jpn.gov.my/my/

 

ARTIKEL LAIN

JPN ESERVICES(PERMOHONAN  PERKAHWINAN TANPA LESEN ONLINE)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *