CARA DAFTAR VAKSIN DEPENDENT GUNA MYSEJAHTERA (Anak Umur 5 Tahun Ke Atas)

CARA DAFTAR VAKSIN DEPENDENT GUNA MYSEJAHTERA (Anak Umur 5 Tahun Ke Atas)

DAFTAR VAKSIN DEPENDENT

 

Dalam membendung dan melawan wabak C19, program vaksinasi amat penting bagi mencapai kejayaan. Untuk pengetahuan anda, keluarga kini boleh mendaftarkan anak-anak mereka untuk vaksinasi berikutan keputusan kerajaan baru-baru ini untuk mulai menyuntik anak-anak berusia lebih dari 5-11 Tahun (PICKIDS).

 

APA ITU PICKIDS?

PICKIDS dilaksanakan melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak, susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan golongan tersebut mutakhir ini. Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini.

 

CARA DAFTAR VAKSIN DEPENDENT ANAK 5-11 TAHUN  DI MySEJAHTERA

Jika anda ingin mendaftar anak anda di aplikasi MySejahtera, anda boleh ikuti cara membuat pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak berusia 12

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda
  2. Tekan butang close pada bahagian atas paparan
  3. Klik pada menu ‘COVID19 Vaccination
  4. Pilih tab ‘Add Vaccine Dependent
  5. Isikan nama dan maklumat anak sebagai dependent anda.
  6. Sahkan pendaftaran dan jawab soalan untuk mengesahkan pendaftaran.

 

TARIKH PENDAFTARAN

DAFTAR VAKSIN DEPENDENT ANAK 5-11 TAHUN melalui MySejahtera akan bermula pada penghujung Januari 2022.

Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.

 

JENIS VAKSIN YANG DIBERIKAN

Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

CARA KEMASKINI HOME ASSESSMENT TOOL (HAT) MySEJAHTERA(Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah)

Sudahkan anda buat SEMAKAN TEMUJANJI VAKSINASI COVID-19:CHECK TARIKH/LOKASI TEMUJANJI

 

 

 

4 thoughts on “CARA DAFTAR VAKSIN DEPENDENT GUNA MYSEJAHTERA (Anak Umur 5 Tahun Ke Atas)”

  1. Tuan, anak2 daya dah register vaksin melalui mysejahtera tel masing2. Adakah perlu parents register semula abg tanggungan dlm mysejahtera ibubapa. Tkasih.

    Balas
  2. Tuan, anak2 saya dah register vaksin melalui mysejahtera tel masing2. Adakah perlu parents register semula (tanggungan) dlm mysejahtera ibubapa. Tkasih.

    Balas

Leave a Comment