PERMOHONAN DANA IP 2.0 (Dana Pemfailan Harta Intelek)

Utama / DANA IP / PERMOHONAN DANA IP 2.0 (Dana Pemfailan Harta Intelek)

PERMOHONAN DANA IP 2.0 (Dana Pemfailan Harta Intelek)

 

Kepada individu ataupun pihak terlibat yang ingin mendapatkan geran pembiayaan pemfailan harta intelek boleh membuat permohonan menerusi Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) .

Bagaimana cara untuk membuat permohonan Dana IP 2.0? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU DANA IP 2.0

Dana IP 2.0 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh Kerajaan bermula dari tahun 2022 sehingga 2025 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

SYARAT PERMOHONAN DANA IP 2.0

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas
  2. Permohonan terbuka kepada:
    • Individu
    • Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.
    • Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian.
    • Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah)
  3. Satu dana permohonan sahaja dalam setahun kalendar bagi permohonan pemfailan seperti berikut:
    • Cap Dagangan.
    • Paten
    • Reka Bentuk Perindustrian.
    • Hak Cipta.

 

TARIKH PERMOHONAN DANA IP 2.0

Permohonan ini dibuka mulai dari Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.

 

SKOP PEMBIAYAAN Dana Pemfailan Harta Intelek  2.0

Berikut adalah merupakan skop pembiayaan:

  1. Fi rasmi pemfailan harta intelek kepada MyIPO
  2. Kos carian dan penderafan oleh ejen paten yang dilantik oleh MyIPO (bagi permohonan paten / UI)

NOTA: Dana yang akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk baucer dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.

 

JENIS HARTA INTELEK

Jenis harta intelek yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

  • Cap Dagangan
  • Paten/Perbaharuan Utiliti (UI)
  • Reka Bentuk Perindustrian
  • Hak Cipta
  • Petunjuk Geografi

 

CARA PERMOHONAN DANA IP 2.0

Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan iaitu secara atas talain ataupun manual. Berikut adalah merupakan caranya:

Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 Secara Atas Talian (Online)

  1. Layari pautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8ewwMV3OGlbQBUGOfbcJ9FL9S_-q1R2aSQVX_8Bmt_ogtUg/viewform.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik (upload) dokumen yang berkaitan.
  4. Setelah lengkap semuanya, klik Hantar.

Permohonan Dana Pemfailan Harta Intelek  2.0 Secara Manual

  1. Muat turun borang permohonan yang ditetapkan seperti:
  2. Setelah muat turun, lengkapkan borang permohonan tersebut
  3. Kemudian hantar borang tersebut kepada alamat berikut:
    • Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0), Bahagian Pembangunan Perniagaan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar, No. 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur
    • Pemohon juga boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan seperti Di SINI

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Dana Pemfailan Harta Intelek  2.0, anda boleh berhubung seperti berikut:

  • Email: [email protected]
  • Hubungi:
    • Azri Roslan: 03-2299 8560
    • Nor Shafiza Md Isa: 03-2299 8589
    • Cik Nur Ain Nabila Rahim: 03-2299 8526

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN DanaNITA MARA(Cara Permohonan & Check Kelayakan)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *