CARA DAFTAR DIGITALME TM UNIFI(Login & Delete Akaun)
Adakah anda pengguna Unifi? Sekiranya nya, sudahkan anda daftar dengan akaun DigitalMe TM Unifi? Sekiranya belum sudah tentang anda ingin tahu cara daftarnya. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU DIGITALME TM UNIFI
Digitalme adalah ciri ID digital dalam aplikasi myunifi untuk pelanggan unifi buat identiti digital (profil peribadi digital). Identiti digital ini akan digunakan sebagai pengenalan pendaftaran tunggal untuk perkhidmatan unifi dan seterusnya.
Digitalme membantu menggabungkan semua akaun digital anda dengan hanya satu log masuk. Ini menghilangkan kerumitan kerana perlu mengingat beberapa nama pengguna dan kata laluan untuk aplikasi atau portal unifi yang berbeza, oleh itu membenarkan anda untuk menguruskan akaun digital unifi anda dengan lebih mudah.
Digitalme diaktifkan oleh Platform Digital ID-as-a-Service (IDaaS), dipercayai, platform berkecuali perkhidmatan yang direka untuk menjadi tuan rumah peribadi dan selamatidentiti digital.
KELEBIHAN DAFTAR DIGITALME TM UNIFI
Dengan digitalme, anda dapat menikmati:
- Pengalaman Log Masuk Tunggal
- Papan Pemuka Profil Digital Peribadi
- Kawal Identiti Digital Anda
- Profil Digital yang boleh dipercayai
CARA DAFTAR DIGITALME TM UNIFI
Berikut adalah merupakan cara daftar DigitalMe TMUnifi buat kali pertama.
- Layari pautan Unifi: https://unifi.com.my/personal
- Klik pada Login/Register
- Kemudian satu pop up akan tertera untuk anda maukkan Email anda (pastikan email yang didaftarkan semasa daftar unifi sebelum ini), klik Next
- Kemudian anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran berikut:
- Create Profil,- masukkan nama anda, tekan Next
- Enter Email Adress – sahkan email anda, tekan Next
- Set Password – Masukkan Kata Lalaun yang anda inginkan, tekan Next
- Choose Your ID Type – pilihkan jenis ID anda, tekan Next
- Enter ID Number – masukkan Nombor ID anda (kebiasaannya No Kad Pengenalan), tekan Next
- Confirmation – sahkan kembali no Kad Pengenalan anda, tekan Confirm
- Email pengesahan akan dihantar ke email anda, klik pada link tersebut untuk Log Masuk kali pertama akaun DigitalMe anda
- Selesai
CARA LOGIN DIGITALME TM
Setelah selesai proses pengesahan di Email, berikut adalah cara Log Masuk akaun DigitalMe kali pertama:
- Layari pautan Unifi: https://unifi.com.my/personal
- Masukkan Email anda, tekan Next
- Masukkan Kata Laluan anda, trkan Next
- Akan terpapar satu Permission Request, tekan pada Accept
- Paparan utama akaun DigitalMe anda terpapar.
- Selesai
CARA DELETE AKAUN DIGITALME TM
Sekiranya anda ingin delete akaun DigitalMe anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Log masuk akaun DigitalMe anda
- Klik pada Akaun Profil
- Seterusnya tekan pada Edit Profil, tekan Continue
- Paparan Setting DigitalMe akan terpapar, scroll hinggan ke bawah klik pada Setting
- Pop Up peringatan pertama akan terpapar, klik pada Delete Account
- Pop up peringatan kali kedua akan terpapar, klik pada Delete My Account
- Pop up peringatan ketiga akan terpapar, disini anda boleh pilih sahaja apapun, klik Proceed
- Masukkan Kata Laluan anda sekali lagi dan tekan Proceed
- Pop up peringatan terakhir akan tertera, klik pada Agree
- Selesai, anda sudah berjaya delete akaun DigitalMe anda
NOTA: Sekiranya anda ingin menggunakan email yang sama, terdapat tempoh 48 jam “coolong period”
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara daftar DigitalMe TM Unifi, anda boleh layari website rasmi Unifi DI SINI.
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)
CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (CARA DAFTAR & SEMAK BIL ONLINE)
CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY(Setting Pembayaran Akaun Unifi)
saya telah mempunyai profile di digitalme tetapi email saya masih lagi tidak disahkan dan ianya meyebabkan saya tidak dapat log masuk ke aplikasi myunifi. bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini? tambahan pula sekarang unifi saya mengalami internet connection, pelbagai cara telah saya lakukan sehingga menelefon ke 100 tapi masih tiada penyelesaian.
saya sudah ada akaun tetapi berlaku kesilapan saya editidan verify no mykad dalam profile dari 500925055371 (ini yg betul) kepada yg salah 200925055371 macam mana nak betulkan.
Saya nak tanya apa maksudnya organisation number dlm pengisian maklumat utk myunifi….saya stuck dekat situ.