BERAPA PERATUS DIVIDEN BANK RAKYAT 2022? (Tarikh Bayaran Saham 2023)
Bank Rakyat telah ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM109.62 bilion berakhir Disember 2019.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, berkata prestasi kewangan 2020 didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan yang mampan walaupun terdapat sedikit penurunan dalam pendapatan pembiayaan berikutan pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang mengakibatkan kemampatan marjin.
SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT
Untuk pengetahuan anda, dividen Bank Rakyat boleh disemak dengan mudah melalui perbankan internet iRakyat tanpa perlu ke mana-mana cawangan bank rakyat.
Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai perbankan internet iRakyat, anda bolehlah membuat semakan dividen ini di mana-mana kaunter cawangan BankRakyat berhampiran dan terus daftar sekali TAC untuk buat iRakyat.
JUMLAH DIVIDEN BANK RAKYAT
Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
TARIKH BAYARAN DIVIDEN
Pembayaran dividen akan mula dikreditkan ke dalam akaun masing-masing bermula pada (akan dikemaskini).
REKOD PEMBAYARAN DIVIDEN BANK RAKYAT DARI 2014 HINGGA 2021
Rekod pembayaran dan tarikh pembayaran dividen dari simpanan tetap setiap tahun :
TAHUN KEWANGAN | DIVIDEN |
2021 | 15 peratus |
2020 | 13 peratus |
2019 | 14 peratus |
2018 | 13 peratus |
2017 | 16 peratus |
2016 | 15 peratus |
2015 | 13 peratus |
2014 | 15 peratus |
CARA PENGIRAAN DIVIDEN BANK RAKYAT
Berikut adalah merupakan contoh cara pengiraan dan menghitung pembayaran dividen bankrakyat:
- Sekiranya anda berjaya beli 100,000 unit saham.
- BankRakyat umumkan pula kadar dividen sekitar 15%
- Pulangan pelaburan dividen saham yang anda:
- 1100,000 x 15% = RM15,000 setahun
SOALAN LAZIM & FAQ
Adakah ini saham bank persatuan yang bagi paling tinggi?
- Ya. Benar sekali bank rakyat kongsikan dividend kepada ahlinya paling tinggi berbanding yang lain
Bagaimana ingin melabur dan tambah saham dalam Bank Rakyat?
- Bermula 06 Januari 2014, semua permohonan menjadi anggota baru adalah di TUTUP. Dengan itu pembelian / langganan baharu atau penambahan saham keanggotaan sedia ada telah dibekukan.
Bila Bank Rakyat akan membuka semula permohonan baharu?
- Pihak Bank Rakyat hanya akan mengumumkan sekiranya terdapat penawaran baharu untuk penambahan saham keanggotaan dan pengumuman akan dilakukan melalui media massa utama. Buat masa sekarang masih belum dibuka.
INFO DAN PERTANYAAN
Untuk mengetahui sebarang info lanjut dan ingin membuat pertanyaan berkaitan dividen dan bonus sila hubungi;
No Tel | 1-300-80-5454 |
Laman web | https://www.bankrakyat.com.my/ |
https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT | |
https://twitter.com/myBANKRAKYAT |
ARTIKEL BERKAITAN
CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)
SEMAKAN BAKI AKAUN BANK RAKYAT ONLINE(Check Guna irakyat & ATM)
salam.
berapa % dividen untuk ahli koperasi bank rakyat