BERAPA PERATUS DIVIDEN LTAT 2023? (Tarikh Bayaran Saham 2024)

Utama / DIVIDEN LTAT / BERAPA PERATUS DIVIDEN LTAT 2023? (Tarikh Bayaran Saham 2024)

BERAPA PERATUS DIVIDEN LTAT 2023? (Tarikh Bayaran Saham 2024)

Kepada pencarum LTAT, semestiny anda ingin mengetahui kadar peratus dividen yang akan diumumkan. Disini kami akan kongsikan kepada anda peratus dividen LTAT bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

APA ITU LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada pencarum-pencarum wajib LTAT, yang terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dan Anggota Lain-Lain Pangkat berserta pencarum sukarela yang terdiri dari Pegawai ATM dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).

 

KATAGORI PENCARUM LTAT

Terdapat dua katagori pencarum iaitu:

  1. Pencarum Wajib
    1. Pencarum Wajib LTAT terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan secara notional dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan Kerajaan. Jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25%.
  2. Pencarum Sukarela
    1. Pencarum Sukarela LTAT adalah dari kalangan Pegawai Tetap ATM termasuk Anggota LLP yang ditauliahkan dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS) dengan kadar caruman minima RM25.00 dengan gandaan RM5.00 sehingga maksima RM2,000.00 sebulan. Tiada sumbangan Kerajaan dan keahlian adalah secara memohon terus kepada LTAT.

 

KELEBIHAN CARUMAN LTAT

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang diperolehi kepada pencarum wajib dan pencarum sukarela iaitu:

  • Pencarum akan menerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pencarum pada penghujung tahun dan pencarum juga akan menerima bonus khas dalam bentuk Dana Unit Amanah secara percuma. Pemberian bonus khas ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan semasa LTAT.
  • Dividen dan bonus ini dikompaunkan kepada jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul.
  • Caruman kepada LTAT tidak dikenakan cukai pendapatan (pada masa ini sehingga RM4,000 setahun).
  • Faedah Khairat Kematian akan diberikan kepada waris bagi pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
  • Faedah HilangUpaya kepada pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh badan atau akal fikiran yang berkekalan.
  • Pengeluaran caruman dilakukan secara sekaligus.
  • Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman yang pertama.

 

KADAR DIVIDEN LTAT 2022

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5% (lima peratus) bagi tahun 2022 membabitkan jumlah pembayaran bernilai RM476.45 juta

 

KADAR DIVIDEN LTAT 2023


*akan dikemaskini

 

SOALAN LAZIM (FAQ) LTAT

Bagaimanakah kadar dividen atau bonus ditentukan oleh LTAT?

  • Kadar dividen dan bonus, jika ada, akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah LTAT dengan nasihat Panel Pelaburan dan pihak Aktuari yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Kadar dividen dan bonus tahunan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada keuntungan pelaburan LTAT bagi tahun berkenaan.

Bagaimanakah cara memohon untuk mengeluarkan caruman?

  • Jika syarat pengeluaran dipenuhi, permohonan untuk mengeluarkan caruman dibuat dengan melengkapkan borang LTAT/PWCA/14-2/1 (Borang Pengakuan Ahli) yang boleh diperolehi secara percuma semasa menjalani Dokumentasi Akhir di KEMENTAH. Pastikan maklumat yang diisi adalah lengkap dan tepat.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Bonus Khas’?

  • Bonus Khas merupakan pemberian bonus tambahan dalam bentuk Dana Unit Amanah yang diberikan secara percuma kepada pencarum-pencarum yang layak. Kadar bayaran adalah bergantung kepada prestasi dan keuntungan LTAT bagi tahun-tahun semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai peratusan dividen LTAT, anda boleh merujuk portal rasmi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *