DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CONTOH BUKTI PENDAPATAN TERJEJAS

DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR : CONTOH BUKTI PENDAPATAN TERJEJASDOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CONTOH BUKTI PENDAPATAN TERJEJAS

Kerajaan mengumumkan  Program i-SINAR RM 10000 diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan semasa mendepani wabak COVID-19 pada tahun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk buat permohonan pengeluaran i-SINAR .

semak TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN FEBRUARI

Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor,”

katanya ketika beliau menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 yang mendapat sokongan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada 26,11,2020 .

DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR

Berikut adalah dokumen bukti pendapatan ahli terjejas:

NOTIS BERHENTI KERJA AHLI KWSP

Sila lampirkan notis diberhentikan kerja daripada majikan lama ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

NOTIS CUTI TANPA GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis cuti tanpa gaji daripada majikan  ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

NOTIS POTONGAN GAJI AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan gaji daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

NOTIS POTONGAN ELAUN AHLI KWSP

Sila lampirkan notis potongan elaun  daripada majikan  ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

NOTIS POTONGAN OT(ELAUN KERJA LEBIH MASA) AHLI KWSP

Sila lampirkan notis tiasa OT/Kerja lebih masa daripada majikan ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

PENYATA AKAUN PERNIAGAAN/LAPORAN PENDAPATAN BULANAN(Bagi yang bekerja sendiri)

Sila lampirkan penyata akaun bank syarikat/akaun individu ahli bagi membuktikan pendapatan ahli terjejas

SURAT AKAUN PENGESAHAN PENDAPATAN AHLI KWSP

Dokumen sokongan i-SINAR merupakan dokumen yang amat penting untuk dikepilkan bersama permohonan sebagai bukti bahawa pencarum betul-betul terjejas kewangannya.

Oleh yang demikian, surat akaun pengesahan pendapatan perlu kepada pencarum yang dibuang kerja dan mula bekerja sendiri kerana sudah tidak mempunyai slip gaji.

Selain itu juga, tidak semua pekerja dengan majikan tidak mempunyai slip gaji. Oleh itu pemohon perlu juga menyediakan surat akaun pengesahan pendapatan sebagai bukti.

Tidak lulus GKP 2.0 ??? baca KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

MUAT TURUN SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN

KENAPA PERLU DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR ?

Dokumen sokongan seperti surat surat akaun pengesahan merupakan sebagai bukti bahawa pemohon betul-betul memerlukan i-SINAR bagi meneruskan kelangsungan kehidupan yang kian mencabar dalam tempoh COVID-19.

Oleh itu, pemohon akan mengisi maklumat dalam surat pengesahan tersebut dengan menyatakan jumlah sebenar pendapatan mereka dan tidak berpeluang menipu kerana surat tersebut perlu mendapatkan pengesahan dari individu yang mengenali dan mengetahui jenis pekerjaan dan taraf hidup pemohon.

DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGESAHKAN ?

Antara individu yang layak mengesahkan surat akuan pendapatan adalah individu seperti berikut:

  • Ketua penduduk
  • Ketua kampung
  • Pesuruhjaya sumpah

mohon juga  I-SINAR KATEGORI 2

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ada pertayaan tentang i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari  https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

19 thoughts on “DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR:CONTOH BUKTI PENDAPATAN TERJEJAS”

  1. Saya seorang surirumah tp pernah berkerja sekitar 2002-2003 dan mempunyai potongan kwsp,sekiranya saya berniat untuk mengisi iSinar,perlukah saya sertakan lagi dokumen pengesahan sebagai bukti saya tidak berkerja lagi,dan apa dokumen pengesahan yang diperlukan itu?

    Balas
  2. Sy masih bekerja… Masih lg buat pemotongan kwsp.. Disebab kan ade komitmen y xdpat dielak kan boley ke keluar kan kwsp 1 sy… Perlu ke surat bukti juga… Kenapa x mcm akaun 2 cara buat pgeluaran

    Balas
  3. Saya niaga tepi jalan tapi tiada document bank statement bole ke Mohon sebab sejak pkp Majlis perandaran tak bagi Kita orang niaga Di tepi jalan

    Balas
  4. sy kje gji ckup2 mkn n suami kje kedai mkn ada mslah ttup kdang2 ikut gji hari umh sewa bulan2 kene byar tlglh bntu kami yg sdang ssh sjk pkp ni

    Balas
  5. harap MOF bg pelepasan sewajarnya..kebanyakkan yg terjejas tiada sebarang document untuk dijelaskan.. kerana yg terjejas teruk adalah golongan B40 yg tiada rekod . seperti saya meniaga pasar , yg juga tiada ssm , GKP pn tidak layak , BPN pun tidak layak..kerana dahulunya saya ada buat declare incometax , 10tahun lepas..selepas itu kewangan saya terjejas teruk..

    Balas
  6. Bagi sama adil.tak perlu lah surat itu ini.tolong la senang kan urusan rakyat..satu hri nanti urusan kejaan pasti akn senang..suri rumah yg masih ahli kwsp pun nak juga memohon.ape salh nye nk mohon? Nak bantu suami juga .10k x byk mana pun tolak hutang sana sini lg skolh anak lg .tolong prtimbngkan.

    Balas
  7. Saya masih bekerja… Masih lagi buat pemotongan kwsp.. Disebab kan ada pandemix covic ketika itu, tempat saya membuat kerja part time terpaksa ditutup sementara. Jadi aya kehilangan pendapatan sampingan dan terpaksa mengharap kepada gaji saya di sebuah hotel bajet sebanyak rm1100 sebulan. Majikan saya masih membayar gaji walau hotel diarahkan tutup sementara waktu.terima kasih kepada kerajaan yang membantu pihak majikan untuk membayar gaji pekerja. soalan saya, bagaimana saya hendak buktikan bahawa saya terjejas pendapatan walau itu adalah pendapatan part time saya?kerana saya partime di kedai buah di kampung saya..adakah saya perlu meminta majikan part time saya membuat surat sokongan untuk saya?atau hanya surat pengeahan pendapatan dari majikan tetap saya sahaja? harap pihak tuan dapat memberi pecerahan…

    Balas
  8. Ya,,,tolong lah bantu rakyat yg mcm kami ni,,tak smestinya gaji masuk masa pkp dari mula sampai habis tak dpat bntu,,saya hanya pekerja d sebuah restoran kfc,,staff walaupun saya bergaji 1100 sbulan ttap sahaja tidak dpat menampung perbelanjaan ,,d sbabkan ada ahli rumah yg ramai dan pendapatan terjejas akibat tidak dpat berjual pada hari” biasa,,,kerajaan seharusnya mmbuat i-sinar sperti i-lestari tak perlu lah dokument smua tu,,,ksian laa kami ni,,,pegawai bank pun lulus rm10k ,,,yg saya ni?? Perlu lagi memohon pada tarikh yg d tetapkan,,,hutang lain lagi masa pkp tu,,,skrang ni asal gaji masuk tak smpai sejam dlam bank kluar trus smua sbab bnyak yg perlu d bayar dan bnyak memakai duit,, tolonglah kerjaaan tolonglah,,,tolonglah kami yg susah ni,,

    Balas
  9. harap kerajaan mempermudahkan urusan pengeluaran i – sinar , contohnya dengan merujuk kelayakan ataupun rekod penerima i- lestari. Bagi yang mengalami pengurangan gaji melaui bank. yang ada membuat pinjaman, pemotongan tiada rekod di slip gaji.

    Balas
  10. Assalamualaikum

    Saya pekerja jabatan kerajaan , Gaji saya dapat full. suami saya peniaga kedai runcit dan perniagaan terpaksa di tutup kerana mengalami kerugian kesan daripada covid dan keadaan semasa. Selepas suami saya tidak lagi berniaga semua perbelanjaan keluarga adalah tanggungjawab saya. saya menanggung kos perbelanjaan suami, 4 orang anak, seorang belajar di Universiti dan 3 orang lagi sekolah menengah, saya juga menanggung kedua orang tua saya. Pembayaran rumah dan kereta juga saya yang tanggung. Saya berharap sangat-sangat dapat mengeluarkan duit simpanan KWSP agar dapat saya menampung bebanan perbelanjaan saya sekarang ini dan saya juga ingin menggunakan duit tersebut sebagai modal untuk suami saya membuka kembali perniagaannya.

    Suami saya terpaksa berhijrah keluar dari kampung halaman untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan yang tetap kerana masalah covid. Suami saya juga kadang-kadang tidak dapat balik ke kampung halaman jika PKP atau PKPB di laksanakan. segalanya mendatangkan bebanan kewangan tambahan jika suami saya berada di rantauan dan tidak dapat bekerja.

    Saya berharap sangat-sangat agar permohonan saya di luluskan supaya saya dapat menyelesaikan masalah yang melanda saya dan keluarga di musim covid ini.

    Sekian Terima Kasih

    Balas
  11. saya punya masalah sama dengan yang dibawah.. minta pencerahan dan bantuan..
    #
    Assalamualaikum

    Saya pekerja jabatan kerajaan , Gaji saya dapat full. suami saya peniaga kedai runcit dan perniagaan terpaksa di tutup kerana mengalami kerugian kesan daripada covid dan keadaan semasa. Selepas suami saya tidak lagi berniaga semua perbelanjaan keluarga adalah tanggungjawab saya. saya menanggung kos perbelanjaan suami, 4 orang anak, seorang belajar di Universiti dan 3 orang lagi sekolah menengah, saya juga menanggung kedua orang tua saya. Pembayaran rumah dan kereta juga saya yang tanggung. Saya berharap sangat-sangat dapat mengeluarkan duit simpanan KWSP agar dapat saya menampung bebanan perbelanjaan saya sekarang ini dan saya juga ingin menggunakan duit tersebut sebagai modal untuk suami saya membuka kembali perniagaannya.

    Suami saya terpaksa berhijrah keluar dari kampung halaman untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mendapat pekerjaan yang tetap kerana masalah covid. Suami saya juga kadang-kadang tidak dapat balik ke kampung halaman jika PKP atau PKPB di laksanakan. segalanya mendatangkan bebanan kewangan tambahan jika suami saya berada di rantauan dan tidak dapat bekerja.

    Saya berharap sangat-sangat agar permohonan saya di luluskan supaya saya dapat menyelesaikan masalah yang melanda saya dan keluarga di musim covid ini.

    Sekian Terima Kasih

    Balas
  12. SAYA BEKERJA DI SEBUAH KILANG.GAJI YANG DI BAYAR ADALAH GAJI HARI, SEHARI GAJI YG SAYA TERIMA RM 26.00*30 HARI RM780.00 . PEMOTONG KWSP 12%=134.00 BAKI BERSIH YANG SAYA DAPAT RM646.00…

    APA SAYA MINTA KILANG UNTUK BUAT SLIP GAJI,SEBAB SAYA NAK POHON KWSP..I SINAR.
    PIHAK KILANG BAGI SLIP GAJI PALSU.

    DALAM SLIP GAJI YANG DI BERI OLEH KILANG, TERTULIS SEPERTI BERIKUT,GAJI POKOK SEBANYAK
    RM 1,100.00…..TOLAK KWSP 12%
    RM 134.00. DAN BAKI BERSIH
    RM 968.00. MASALAH NYA MACAM MANA SAYA NAK CAKAP ATAU BERITAHU PIHAK KWSP TENTANG MASALAH SAYA.. SEKIAN HARAP TUAN DAPAT MEMBERI JAWAPAN ATAS KESULITAN DI HADAPI OLEH SAYA…

    Balas
  13. Saya nak bertnya kenapa saya perlukan dokumen sokongan ( sokongan tidak lengkap ) . Saya perlu masukkan semula(slip gaji selepas pengurangan )alasan dokumen kedua2 nya .
    Dokumen yang saya masukkan sebelum ni tidak berkaitan ?? Tidak berkaitan mcm mana tu?
    Padahal kawan tempat kerja saya telah lulus ? Dia tidak sertakan bank statement .
    Tapi saya lengkap bagi payslip serta bank statement . Dan kami mengalami pengurangan 30 % yang sama .

    Balas

Leave a Comment