DOKUMEN SSM HILANG (Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

Utama / DOKUMEN SSM HILANG / DOKUMEN SSM HILANG (Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

DOKUMEN SSM HILANG (Cara Dapatkan Semula MyData SSM)

SSM merupakan dokumen yang penting kepada kesemua para peniaga. Tetapi bagaimana sekiranya dokumen SSM tersebut hilang, rosak dan sebagai? Semestinya anda ingin mengetahui cara dapatkannya semula. Disini kami kongsikan cara dapatkan semula dokumen SSM dengan menggunakan MyData.

 

APA ITU MyDATA

MyData merupakan satu produk yang diperkenalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mencari maklumat secara online dengan pendaftaran terkini, mendapatkan maklumat mengenai kedudukan kewangan perniagaan dan penglibatan produktif Syarikat yang berdaftar dengan SSM secara dalam talian.

 

PERKHDIMATAN MyDATA

Antara data yang boleh dapatkan di MyData adalah

  • Profil Syarikat dan Perniagaan.
  • Sijil SSM
  • Sijil Pertukaran Status Syarikat
  • Profil Perniagaan

 

CARA DAPATKAN SEMULA  SIJIL SSM

Untuk dapatkan kembali semula Sijil SSM anda, terdapat dua langkah yang perlu dilakukan.

CARA DAFTAR MyDATA

Langkah 1 – Daftar MyData (Sekiranya anda telah berdaftar, terus ke langkah 2)

  1. Layari pautan MyData: https://www.mydata-ssm.com.my/login
  2. Klik pada Sign Up
  3. Isikan maklumat yang diperlukan:
    • Username (gabung huruf dan nombor tanpa space)
    • Fullname
    • Email Address
    • Account Name
    • Password
    • Confirm Password
    • Address
    • Phone No
    • User Category (Individu/Syarikat)
  4. Setelah lengkap, klik pada I’M Not a Robot. Tick pada terma dan syarat, dan klik pada Sign Up
  5. Pendaftaran MyData anda selesai.

CARA DAPATKAN SIJIL SSM DI MyDATA

Langkah 2 – Dapatkan Sijil SSM di MyData

  1. Layari pautan MyData: https://www.mydata-ssm.com.my/login
  2. Log Masuk akaun MyData dengan Username dan Password anda
  3. Pada paparan utama MyData, taipkan kata kunci Nama Syarikat atau No Pendaftaran Syarikat.
  4. Klik pada nama syarikat yang anda inginkan
  5. Seterusnya klik pada Business Certificate. Terdapat Sijil SSM syarikat yang boleh dibeli berserta harga:
    • Main – Syarikat utama, RM20
    • Branch – Cawangan(sekiranya ada), RM20
  6. Pada bahagian Language, pilih bahasa yang anda inginkan pada Sijil SSM anda
    • MY – Bahasa Malaysia
    • EN – Bahasa English
    • BOTH – Keduanya2
  7. Setelah selesai klik pada Add To Cart.
  8. Seterusnya klik pada Cart dan klik Checkout
  9. Akan terpapar jumlah sebenar yang perlu dibayar dan klik pada Go To CheckOut untuk proses pembayaran
  10. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan:
    • Credit/Debit card
    • Online banking
    • eWallet
  11. Setelah selesai proses pembayaran, akan terpapar pada bahagian Document Output di MyData anda.
  12. Klik PDF pada Document Output untuk memuat turun Sijil SSM anda.
  13. Selesai

 

CARA CETAK SIJIL SSM SECARA ONLINE

Sekiranya sijil SSM anda hilang atau ingin mengantikan yang baharu, kini anda boleh cetak semula sijil SSM tersebut secara online dengan beberapa langkah-langkah seperti berikut:

  1. Layari pautan SSMreprint.com: https://ssmreprint.com/
  2. pada menu utama pilih jenis sijil perniagaan SSM yang anda inginkan
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan pastikan anda masukkan alamat emel supaya dokumen softcopy dapat dihantar.
  4. Seterusnya, pilih jenis sijil yang anda ingin cetak.
  5. Kemudian akan dipaparkan jumlah harga yang perlu dibayar. Klik Process Payment (FPX) untuk buat pembayaran secara atas talian dan ikuti proses pembayaran hingga selesai.
  6. Setelah transaksi anda berjaya, anda boleh muat turun dokumen-dokumen SSM yang telah dimohon.
  7. Salinan softcopy juga akan dihantar ke e-mel dalam masa 1 jam waktu bekerja.
  8. Setelah muat turun, anda bolehlah cetak sijil SSM seperti biasa dan gunakannya untuk perniagaan.

 

HARGA CETAK SIJIL SSM HILANG

Kadar harga yang perlu dibayar untuk mencetak sijil SSM yang hilang secara online adalah antara RM 50 hingga RM 95 (termasuk caj SST)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara dapatkankembali sijil SSM yang hilang atau rosak, anda boleh layari website MyData  di pautan https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

 

ARTIKEL LAIN

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM:CARA CHECK STATUS ONLINE

SSM Online : Cara Daftar Untuk Enterprise / Tunggal (ezBiz SSM)

7 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *