PERMOHONAN DRF BANK NEGARA (Kemudahan Bantuan Bencana PKS Mikro)

PERMOHONAN DRF BANK NEGARA (Kemudahan Bantuan Bencana PKS Mikro)

Kepada usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas dalam banjir boleh memohon kemudahan yang disediakan iaitu Kemudahan Bantuan Banjir (DRF) Bank Negara bagi memulihkan semula perniagaan mereka pasca banjir.

Bagaimana cara permohonan DRF Bank Negara? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.


APA ITU DRF BANK NEGARA

DRF juga diwujudkan bagi meringankan beban kewangan PKS Mikro yang terjejas akibat banjir dan membolehkan mereka meneruskan operasi perniagaan mereka. Menerusi pelaksanaan DRF, pihak bank akan membantu PKS Mikro menampung kos membaiki atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan yang telah rosak akibat banjir serta untuk modal kerja.

 

TEMPOH BANTUAN 

Kemudahan bantuan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya (atau sehingga diberitahu kelak, bergantung pada situasi banjir) dengan dana diperuntukkan sebanyak RM200 juta.

 

TUJUAN PEMBIAYAAN

Berikut adalah merupakan tujuan pembiayaan bagi Usahawan PKS Mikro yang ingin membuat permohonan:

  • Membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (contoh loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir.
  • Modal kerja.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah PKS dan perusahaan mikro yang terjejas akibat banjir adalah: terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.

 

KADAR PEMBIAYAAN

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan  yang ditetapkan bagi kemudahan bantuan ini:

  • Sehingga RM500,000 bagi setiap PKS.
  • Sehingga RM75,000 bagi setiap perusahaan Mikro.
  • Kadar pembiayaan efektif pula adalah maksimum adalah sehingga 3.50% setahun, termasuk fi jaminan.

 

TEMPOH PEMBIAYAAN

  • Tempoh pembiayaan yang ditetapkan adalah sehingga 5 tahun, ini termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

 

CARA PERMOHONAN

  • Sekiranya PKS mikro yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan boleh dibuat terus kepada institusi kewangan peserta/bank dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan pemohon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang DRF Bank Negara, anda boleh layari website https://www.bnm.gov.my/-/drf2022_en_pr 

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif & Cara Permohonan )

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *