DUIT eMADANI LAMBAT MASUK(Dah Claim Tapi Belum Dapat)

DUIT eMADANI LAMBAT MASUK(Dah Claim Tapi Belum Dapat)

Terkini penebusan tawaran ewallet RM100 eMadani boleh dilaksanakan oleh golongan yang berkelayakan. Tetapi bagaimana jika penebusan duit eMadani anda layak tetapi masih belum dapat lagi atau lambat masuk? Semestinya anda ingin mengetahui sebabnya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

APA ITU eMADANI

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

SYARAT KELAYAKAN eMADANI

Pemberian ini layak kepada kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023
  4. Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet
  5. Sudah menjalankan proses pengesahan akaun. Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

SENARAI  eWALLLET TERLIBAT eMADANI

Berikut adalah merupakan antara eWallet yang terlibat dalam program ini:

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch n Go eWallet

TARIKH PENEBUSAN DUIT eMADANI

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

BILA DUIT DUIT eMADANI AKAN MASUK?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet pilihan anda. Mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.

KENAPA DUIT eMADANI LAMBAT MASUK?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  1. MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
  2. Setel: Emel ke [email protected] atau klik di sini
  3. ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  4. Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini

SOALAN LAZIM (FAQ) RM100 eMADANI

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

  • Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

  • Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda

Adakah terdapat proses bagi sebarang pertikaian (‘dispute’)?

  • Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda, dan pihak penyedia perkhidmatan e-dompet akan membantu anda.
  • Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eMADANI, anda boleh melayari pautan rasmi Kementerian Kewangan

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “DUIT eMADANI LAMBAT MASUK(Dah Claim Tapi Belum Dapat)”

  1. Saya apply 4hb sampai harini 7hb tak masuk lg . saya tolong kawan saya 2orang regester 6hb pg tu , petang dah masuk . kenapa saya punya lambat hm ? tolonglah cepatkan sikit 😢

    Balas

Leave a Comment