DUIT KWSP AKAUN 3(Check Baki Berapa Boleh Keluarkan)

SEMAKAN BAKI AWAL AKAUN 3 KWSP

Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Semestinya anda ingin mengetahui cara untuk semak baki duit KWSP akaun 3 anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat semakan, semoga membantu.

APA ITU AKAUN 3 KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

PENSTRUKTURAN SEMULA PERATUS PECAHAN AKAUN KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

SEDIA ADADIJENAMAKAN SEMULAPERATUS PECAHANKETERANGAN
Akaun 1Akaun Persaraan75%Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara
Akaun 2Akaun Sejahtera15%Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa
Akaun 3
(Baharu)
Akaun Fleksibel10%Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan

TEMPOH PINDAH DUIT KWSP KE AKAUN 3 KWSP

Tempoh pindahan duit ke akaun 3 bermula pada 12 Mei 2024 adalah pada 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

KENAPA TIDAK BOLEH KELUARKAN DUIT DALAM AKAUN3 KWSP

Untuk makluman anda, jumlah permulaan akaun 3 anda bermula dengan RM0. Selepas 11 Mei 2024, kadar caruman baharu mengikut pecahan 10% akan dimasukkan ke akaun 3 bermula pada penghujung bulan Mei anda adalah 10% (Tak perlu membuat permohonan).

CARA CHECK BAKI DUIT KWSP AKAUN 3

Semestinya anda perlu ketahui bahawa baki permulaan adalah RM0. Tetapi anda mempunyai pilihan untuk menambah baki akaun 3 seperti berikut:

  • Bagi pencarum aktif, anda mempunyai 2 pilihan.
    • Caruman baru pada hujung Mei.
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.
  • Pencarum tak aktif,
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.

HAD LIMIT PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Berikut adalah merupakan had limit pengeluaran seharian iaitu:

  • Had minimum pengeluaran adalah RM50.
  • Had maksimum pengeluaran adalah RM250.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN DUIT AKAUN 3 KWSP

Bila boleh bawa keluar duit dari Akaun 3?

  • Bila baki dalam Akaun 3 tu ada minimum RM50.

Berapa had boleh keluar duit dari Akaun 3?

  • Tertakluk pada jumlah baki didalam Akaun 3….

Macam mana nak tahu ada berapa RM dalam Akaun 3?

  • Bagi pencarum aktif, anda mempunyai 2 pilihan.
    • Caruman baru pada hujung Mei.
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.
  • Pencarum tak aktif,
    • Pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3.

Berapa lama kelulusan utk pindahan dari Akaun 2 ke Akaun 3?

  • 3 – 5 hari bekerja.

Berapa hari duit akan dikreditkan ke akaun bank ahli?

  • 7 hari setelah permohonan diluluskan.

Perlu mohon melalui mana?

  • Digalakkan memohon melalui I-Akaun atau boleh hadir ke KWSP berdekatan.

Apa dokumen yang perlu disertakan semasa memohon pengeluaran Akaun 3?

  • Tiada.

Berapa kali boleh pindah dari Akaun 2 ke Akaun 3?

  • Sekali sahaja.

Berapa kali boleh keluar duit dari Akaun 3?

  • Selagi baki minimum RM50 didalam Akaun 3.

Bila boleh mohon untuk pindah Akaun 2 ke Akaun 3?

  • 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024

Bila boleh mohon keluar Akaun 3?

  • Setelah Akaun 3 mempunyai baki minimum RM50.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai akaun 3 KWSP, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *