CARA TUKAR DUIT RAYA BANK ISLAM (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

Utama / DUIT RAYA BANK ISLAM / CARA TUKAR DUIT RAYA BANK ISLAM (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

CARA TUKAR DUIT RAYA BANK ISLAM (Lokasi ATM Pengeluaran Duit Raya RM10 & RM50)

 

Seperti yang diketahui, seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Syawal pada 22 April 2023 (Sabtu). Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap rasanya tanpa pemberian duit raya kepada ahli keluarga dan kanak-kanak yang datang menziarah di rumah.  Disini kami akan kongsikan kepada anda cara tukar duit raya baharu di mesin ATM serta lokasi ATM Bank Islam yang menyediakan perkhidmatan ini, semoga membantu.

 

NILAI  TUKAR DUIT RAYA BARU DI ATM BANK ISLAM

Harus diingatkan bahawa penukaran duit baharu di mesin ATM anda hanya nila RM10, RM20 dan RM50 sahaja bergantung pada lokasi mesin ATM.

 

HAD LIMIT TUKAR DUIT RAYA BARU DI ATM BANK ISLAM

Setiap transaksi pengeluaran wang ketas RM10 dan RM20 adalah terhad sehingga maksimum RM300 sahaja. Bagi RM50 adalah terhad kepad had limit pengeluaran ATM.

 

LOKASI ATM TUKAR DUIT RAYA BANK ISLAM

Berikut adalah merupakan antara lokasi ATM Bank Islam yang tersedia bagi menyedia perkhidmatan penukaran duit raya  baharu seperti di bawah:

NOTA:

  • Kemudahan ini hanya tersedia untuk pelanggan Bank Islam sahaja. Walau bagaimanapun, ia hanya tersedia di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sahaja.
  • Bagi pelanggan Bank Islam yang berada di luar lokasi yang disenaraikan atau ingin membuat pertukaran wang kertas dengan nilai yang lain, ianya boleh dilakukan melalui kaunter cawangan Bank Islam berhampiran. Namun, ianya bergantung kepada stok yang masih tersedia di cawangan tersebut.

 

CARA TUKAR DUIT RAYA DI ATM BANK ISLAM

Kepada anda yang ingin menukar duit rayaa di mesin ATM Bank Islam, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Hadir ke lokasi cawangan ATM BANK ISLAMyang menyediakan pertukaran duit raya
  2. Mesin ATM tersebut akan mempunyai tangging Duit Raya sama ada RM10, RM20 atau RM50
  3. Sekiranya anda inginkan duit raya RM10, pergi ke mesin ATM tersebut dan masukkan kad ATM anda
  4. Pilih bahasa yang anda inginkan
  5. Masukkan no pin Kad ATM anda
  6. Anda juga boleh klik pada Semak Baki untuk menyemak baki akaun anda kemudian klik pada Akaun Simpanan. Paparan baki dalam bank anda anda akan tertera
  7. Seterusya klik pada Pengeluaran Wang Tunai dan pilih Akaun Simpanan
  8. Masukkan jumlah amaun yang anda ingin keluarkan dan tunggu sehingga duit anda keluar
  9. Selesai, anda akan dapat duit raya baru RM10 mengikut jumlah yang anda keluarkan

NOTA: Pastikan baki akaun simpanan bank anda mencukupi untuk membuat pengeluaran duit raya di mesin ATM.

 

CARA TUKAR DUIT RAYA DI KAUNTER BANK ISLAMBANK

Biasanya minggu kedua,ketiga bulan Ramadhan,bank akan menyediakan kemudahan menukar duitraya. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir ke cawangan Bank Islam berhampiran anda
  2. Maklum kepada pegawai Bank Islam tersebut yang anda ingin tukar duit raaya
  3. Biasanya staf yang bekerja di bank dan rakan-rakan akan memaklumkan tentang kemudahan ini.
  4. Beritahu jumlah yang ingin ditukar, dan pegawai bank tersebut akan membantu anda hingga selesai

NOTA: Anda kena cepat,sebab stok duit kecil untuk raya ini terhad dan cepat habis.

ARTIKEL BERKAITAN:

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *