DUIT WTD:SEMAKAN STATUS WANG TAK DITUNTUT(EGUMIS REFUND)

DUIT WTD

DUIT WTD:SEMAKAN STATUS WANG TAK DITUNTUT(EGUMIS REFUND)

Pernahkah anda mendengar tentang wang ataupun duit WTD. WTD merupakan sejumlah wang yang tidak dituntut milik mana-mana individu atau sesebuah syarikat. antara contoh Wang Tak Dituntut (rekod WTD) membabitkan individu adalah seperti akaun simpanan bank yang tidak aktif beberapa tahun namun terdapat sejumlah wang, tuntutan insurans dan wang cagaran bayaran utiliti (Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain yang berkaitan).

Untuk makluman, terdapat 3 kategori WTD seperti yang diberitahu oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM).

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
  2. Wang dalam sesuatu akaun yang tidak lagi dikendalikan oleh empunya akaun dalam satu tempoh masa tidak kurang daripada tujuh tahun.
  3. Wang dalam sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

Semakan WTD online boleh dibuat di portal rasmi eGUMIS

  • https://egumis.anm.gov.my/.

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD. Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online Banking.

Buat juga SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC 

 

SEMAKAN STATUS WANG TAK DITUNTUT DI JANM

Anda boleh membuat  semakan status WTD di seluruh negara. Caranya seperti berikut:

  1. Sila ke kaunter JANM pada waktu bekerja
  2. Bawa bersama beberapa dokumen penting seperti MyKAD
  3. Bawa juga salinan sijil kematian sekiranya ingin menyemak bagi si mati
  4. Serahkan dokumen di kaunter JANM untuk pendaftaran semakan status
  5. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan WTD
  6. Status WTD akan diketahui dalam beberapa minit
  7. Pegawai berkenanan akan menyenaraikan segala wang yang boleh dituntut beserta cara membuat tuntutan
  8. Semakan ini 100% percuma

Cuba juga buatSEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM:CARA CHECK STATUS ONLINE

 

SEMAKAN STATUS WANG TAK DITUNTUT DI eGUMIS

  1. Anda perlu layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  2. Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  3. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
  4. Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel.
  5. Anda perlu menukar kata laluan baharu.
  6. Kemaskini maklumat anda.
  7. Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat
  8. Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

 

 

DOKUMEN DIPERLUKAN eGUMIS

Bagi membuat permohonan tuntutan WTD, ada beberapa dokumen perlu dibawa bersama antaranya:

  • Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)
  • pasport pemohon bagi bukan warganegara.
  • Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
  • Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
  • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment