E-INSOLVENSI (CHECK KEBANKRAPAN INDIVIDU & SYARIKAT)

E-INSOLVENSI:SEMAKAN STATUS KEBANKRAPAN INDIVIDU & PENGGULUNGAN SYARIKAT

Untuk pengetahuan anda, portal e-Insolvensi merupakan modul perkhidmatan yang terkandung di dalam Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang merupakan sistem pentadbiran kes Jabatan Insolvensi Malaysia.

Portal ini dibangunkan bertujuan menyediakan perkhidmatan kepada para pelanggan MdI dalam berurusan dengan jabatan ini.

Cara Bayar Insolvensi Online(Semak Baki & Cetak Resit)

PENDAFTARAN PENGGUNA BARU

  • layari menerusi url e-insolvensi
  • Klik pada butang Daftar baru bagi pendaftaran baru
  • Lengkapkan maklumat seperti borang dipaparkan. Sila pastikan
  • semua maklumat diisi dengan lengkap.
  • Klik butang Hantar.
  • Log masuk semula menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang
  • didaftarkan setelah pendaftaran selesai.

Buat juga SEMAKAN STATUS CTOS ONLINE : CARA DAFTAR & LOGIN LAPORAN KREDIT

CARA LOG MASUK

  • Layari url e-insolvensi
  • masuk Id pengguna
  • masukkan Katalaluan yang telah didaftarkan.
  • Klik butang Login.

SEMAKAN STATUS KEBANKRAPAN INDIVIDU

  1. Masukkan Nama individu.
  2. Nama perlu dimasukkan oleh pengguna berdasarkan rekod MyKad.
  3. Masukkan No. KP Baru tanpa (-).
  4. Masukkan No. KP Lama (Sekiranya ada, pastikan No. KP Baru turut diisi).
  5. Bagi carian menggunakan No Polis/ No Tentera / No Passort, sila masukkan di
  6. ruangan berkenaan.
  7. Klik Tambah.
  8. Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual
  9. Sekiranya carian melebihi satu individu, ulang semula proses 1 – 4 di atas.

SEMAKAN STATUS E-INSOLVENSI KEBANKRAPAN PENGGULUNGAN SYARIKAT

  1. Layari url :e-insolvensi
  2. masuk Id pengguna
  3. masukkan Katalaluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik butang Login.
  5. Sila pilih pekhidmatan Carian Status Penggulungan Syarikat.
  6. Kunci masuk maklumat syarikat bagi carian status Penggulungan syarikat
  7. Masukkan Nama Syarikat, No. Pendaftaran Syarikat (Baru) dan No. Pendaftaran Syarikat (Lama) seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  8. Klik Tambah.
  9. Maklumat yang telah dikunci masuk akan dipaparkan di dalam jadual
  10. Klik teruskan selepas selesai mengunci masuk nama carian

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendaptkan maklumat lanjut, anda boleh terus berhubung ke:

Jabatan Insolvensi Malaysia(MdI) Aras 2-3,

Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62692 Putrajaya

Tel : 03-8885 1000 | Fax : 03-8885 1303

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *