e-KYC KWSP(Cara Buat Mendaftar i-Akaun)

CARA DAFTAR AHLI MENERUSI i-AKAUN DAN PENGESAHAN e-KYC KWSP

Terkini pihak KWSP telah mewujudkan akaun baharu yang dikenali sebagai akaun fleksibel atau akaun 3 kepada para ahlinya. Bagi memudahkan untuk permohonan akaun fleksibel ini, seharusnya anda membuat pendaftaran i-akaun terlebih dahulu. Semasa pendaftaran, terhadap satu proses pengeshaan e-KYC yang harus anda lakukan melalui aplikasi KWSP. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

SEDIA ADADIJENAMAKAN SEMULAPERATUS PECAHANKETERANGAN
Akaun 1Akaun Persaraan75%Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara
Akaun 2Akaun Sejahtera15%Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa
Akaun 3
(Baharu)
Akaun Fleksibel10%Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan

APA ITU e-KYC KWSP

e-KYC adalah singkatan ‘electronic Know-Your-Customer’ yang merupakan satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum akaun KWSP ahli diaktifkan. Pencarum juga boleh menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

KENAPA PERLU PENGESAHAN e-KYC KWSP

Untuk makluman anda, sekiranya ingin mengeluarkan wang lebih RM250 perlu melalui proses e-KYC ini.

SIAPA YANG PERLU BUAT PENGESAHAN e-KYC KWSP

Berikut adalah merupakan ahli yang perlu membuat pengesahan e-KYC ini iaitu:

  • Ahli yang tak pernah ada rekod pengeluaran
  • Ahli yang baru kali pertama mohon pengeluaran
  • Ahli yang mohon pengeluaran Akaun 3( Flexible) lebih dari RM 250
  • Ahli yang buat penukaran no akaun bank selain daripada akaun bank yg ada dalam rekod data KWSP

NOTA: Semasa proses pengesahan, sistem akan meminta anda untuk upload IC anda. Sekiranya tidak berjaya upload IC, anda perlu hadir untuk cap jari di KWSP berdekatan.

CARA DAFTAR AHLI MELALUI i-AKAUN KWSP

Untuk mendaftar sebagai ahli menerusi i-AKAUN KWSP, anda boleh merujuk panduan di bawah:

CARA MENDAFTAR i-AKAUN MELALUI e-KYC KWSP

Sekiranya anda dalam katagori perlu membuat mendaftarar atau membuat pengesahan e-KYC ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Muat turun aplikasi i-Akaun (Play Store / Apple Store)  terlebih dahulu
  2. Buka aplikasi i-Akaun, pada paparan utama klik pada Belum mendaftar
  3. Seterusnya imbas dan sahkan gambar MyKad anda
  4. Kemaskini maklumat pada ruangan yang dinyatakan
  5. Masukkan no telefon anda untuk meneri kod TAC dan klik teruskan
  6. Ambil swafoto dan klik teruskan
  7. Cipta ID Pengguna dan kakta laluan. Setelah lengkap klik teruskan
  8. Selesai, pendaftaran i-akaun KWSP anda telah berjaya diaktifkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-KYC KWSP, anda boleh melayari laman web rasmi di pautan berikut: www.kwsp.gov.my

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *