MyJPJ: Permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Utama / MyJPJ / MyJPJ: Permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

MyJPJ: Permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online

Terkini menteri pengangkutan mengumumkan melalui Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ, mengumumkan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (e-LMM) Persendirian menerusi aplikasi MyJPJ. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online menggunakan MyJPJ, semoga membantu.

 

APA ITU MyJPJ

Aplikasi MyJPJ ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat, yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

 

PERKHIDMATAN APLIKASI MyJPJ

Melalui aplikasi ini, Pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia boleh menggunakan mod paparan:

  • Bidaan nombor kenderaan
  • Semakan nombor terkini
  • Semakan lesen kenderaan LMM Digital (e-LMM)
  • Semakan lesen memandu LKM Digital (e-LKM)
  • Semakan keputusan Ujian
  • Semakan saman
  • Semakan senarai hitam

NOTA: dengan melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi MyJPJ ini, anda sudah tidak perlu Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (roadtax) dan membawa lesen fizikal semasa memandu

 

TARIKH MULA PERLAKSANAAN e-LMM & e-LKM MyJPJ

Penggunaan semakan cukai jalan digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Persendirian (e-LMM) dalam aplikasi MyJPJ ini telah mulai dilaksanakan pada 10 Februari 2023.

 

CARA DAFTAR ID MySIKAP

Untuk log masuk ke MyJPJ, anda dikehendaki untuk mendaftar akaun di MySIkap terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/ atau anda boleh daftarkan menerusi MyJPJ (Google Playstore/Apple App Store)
  2. Pada paparan utama, klik pada Daftar Akaun Baharu
  3. Kemudian masukkkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan
  5. Seterusnya jawab soalan keselamatan yang tertera, Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.
  6. Pada halam berikutnya, tetapkan kata laluan anda
  7. Selesai, anda kini boleh log masuk ke dalam MyJPJ.

NOTA: Anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

 

CARA SEMAKAN LESEN MEMANDU (e-LMM) ONLINE MYJPJ

Berikut adalah merupakan c ara untuk membuat semakan e-LMM menerusi MyJPJiaitu:

  1. Log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ anda
  2. Klik pada menu Semakan Lesen Memandu.
  3. Paparan akan menunjukkan jenis lesen dan tarikh luput lesen anda
  4. Andajuga boleh memuat turun lampiran e-LKM tersebut

 

CARA SEMAKAN LESEN KENDERAAN MEMANDU (e-LKM) ONLINE MYJPJ

Berikut adalah merupakan c ara untuk membuat semakan e-LKM menerusi MyJPJ iaitu:

  1. Log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ anda
  2. Klik pada menu Semakan Lesen Kenderaan
  3. Paparan akan menunjukkan tarikh mula dan tarikh luput roadtas anda
  4. Andajuga boleh memuat turun lampiran e-LMM tersebut

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan digital e-LMM dan e-LKM MyJPJ, anda boleh melayari Facebook Ministry Of Transport Malaysia dan juga terus melalui aplikasi MyJPJ.

 

ARTIKEL LAIN

MySikap JPJ (Cara Daftar Online Login Kali Pertama)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *