e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)

Utama / e-Payroll KWSP / e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)

e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)

 

 

Adakah anda mengetahu tentang e-Payroll, e-Payroll ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu para majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji pekerjanya secara digital. e-Payroll juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.

 

SYARAT -SYARAT e-Payroll KWSP

  • Pengguna haruslah merupakan i-Akaun (Majikan)
  • Majikan mempunyai minimum SATU (1) orang pekerja sahaja

 

FUNGSI e-Payroll KWSP

Banyak fungsi yangboleh diperolehi dengan menggunakan kemudahan ini. Fungsi utama e-Payroll adalah seperti dalam senarai di bawah:

  1. Majikan dapat membuat Kemas kini gaji pekerja
  2. Menjana slip gaji pekerja dengan mudah dan pantas
  3. Buat pembayaran caruman kepada KWSP untuk pekerja
  4. Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  5. Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  6. Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM dan memudahkan urusan percukaian majikan
  7. Majikan dapat membuat potongan gaji pekerja kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)

 

 

CIRI UTAMA e-Payroll KWSP

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
  • Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatic

 

SOALAN LAZIM FAQ

Adakah Majikan perlu memuat turun perisian untuk menggunakan e-Payroll?

Majikan tidak perlu memuat turun sebarang perisian. e-Payroll boleh diakses melalui i-Akaun (Majikan) menggunakan komputer atau tablet.

 

Adakah borang cukai tahunan boleh diperolehi dari e-Payroll?

Ya. Borang cukai tahunan boleh dimuat turun dari e-Payroll.

 

Berapa lama data dalam e-Payroll disimpan?

Data dalam e-Payroll akan disimpan selama 7 tahun untuk rujukan Majikan.

 

Adakah e-Payroll tersedia dalam versi Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)?

Tidak.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat dan info mengenai e-Payroll di laman web rasmi e-Payroll KWSP

 

ARTIKEL LAIN

KEMASKINI NO TELEFON KWSP 

SEMAKAN STATUS i-SURI KWSP:CARA PERMOHONAN ONLINE(BORANG)

 

 

 

 

 

 

 

 

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *