E-PENGAMBILAN TUDM 2023 (Cara Daftar Login Semakan Status Permohonan)
Bagi pelajar lepasan SPM/ SKM dan Diploma,Jika anda berminat dan berkelayakan untuk menyertai TUDM, anda adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan pengambilan TUDM yang boleh dimuat turun secara online di https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Berikut dikongsikan maklumat pengambilan terkini TUDM tahun 2022 melibatkan Pengambilan Perajurit Muda Udara. Belia negara adalah dipelawa untuk memohon kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan. Di sini kami kongsikan bagaimana cara permohonan dan juga cara semakan sistem e-Pengambilan TUDM.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan pengambilan Perajurit Muda (PJM) Siri 66/23 (Lelaki) secara atas talian melalui laman web e-Pengambilan TUDM mulai 12 Ogos 2022 hingga 23 September 2022.
SYARAT KELAYAKAN UMUM e-PENGAMBILAN TUDM
- Lelaki warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga TIDAK melebihi 25 tahun pada 1 Mac 2023.
- Lepasan SPM atau SVM.
- Lepasan Sijil SKM Tahap 2 dan SKM Tahap 3.
- Lepasan diploma dari Politeknik / Universiti Awam / Universiti Swasta.
CARA PENDAFTARAN SISTEM E-PENGAMBILAN TUDM
Sebelum anda membuat sebarang permohonan, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dalam sistem e-Pengambilan TUDM. Berikut adalah cara-cara pendaftaran:
- Layari pautan daftar: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pages/daftar
- Masukkan maklumat peribadi anda seperti:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- No Telefon (Pastikan yang aktif)
- Alamat Email (Pastikan yang aktif)
- Masukkan Password yang anda inginkan, dan sahkan sekali lagi password anda.
- Taipkan kod CAPTCHA yang tertera.
- Tick kan pada pengesahan kebenaran maklumat anda,
- Tekan DAFTAR. Kini pendaftaran anda telah selesai.
CARA PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM
Setelah anda mendaftar sistem e-pengambilan TUDM seperti di atas, anda kini telah boleh membuat permohonan. Berikut adalah cara Login sistem e-pengambilan:
- Layari pautan login: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pemohon/login
- Masukkan No Kad Pengenalan Anda
- Masukkan kata laluan anda
- Kemudian tekan Log Masuk.
- Selesai, anda telah berjaya login untuk membuat permohonan.
CARA STATUS SEMAKAN PERMOHONAN E-PENGAMBILAN TUDM
Hanya calon yang layak dan terpilih sahaja dikehendaki hadir ke pusat pemilihan untuk menjalani temuduga awal pemilihan awal mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. Semakan permohonan boleh dibuat seperti berikut:
- Layari pautan login: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/pemohon/login
- Masukkan No Kad Pengenalan dan Password anda.
- Muat turun borang permohonan (untuk di bawa semasa menghadiri pemilihan temuduga awal)
SOALAN LAZIM (FAQ) E-PENGAMBILAN TUDM
Bagaimanakah cara permohonan menyertai TUDM?
- Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online atau atas talian pada pautan ini: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
Apakah syarat kelayakan akademik yang diperlukan bagi katagori lain-lain pangkat TUDM?
- Syarat kelayakan akademik bagi permohonan Perajudirt Muda adalah SPM atau Diploma yang mana jurusan yang dikehendaki adalah merujuk kepada keperluan semasa perkhidmatan.
- Permohonan melalui kelayakan akademik kelulusan PMR TELAH DIMANSUHKAN.
- Tidak ada sebarang pelepasan atau kelonggaran khas jika mana-mana pemohon gagal memenuhi syarat akademik yang telah ditetapkan.
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik disenaraikan sebagai TIDAK LAYAK / GAGAL.
Saya mempunyai masalah kesihatan dan ada mempunyai rekod kesalahan jenayah. Bolehkah saya memohon?
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kesihatan dan perubatan HANYA BOLEH DIKETAHUI semasa sesi pemeriksaan dijalankan kerana ia melibatkan keputusan dari Pegawai Perubatan Sesi Pemilihan.
- Sebarang persoalan, permasalahan atau kemusykilan yang melibatkan kes kesalahan awam, kes polis atau kes tatatertib HANYA BOLEH DIKETAHUI setelah mendapat maklumbalas dari bahagian yang dilantik untuk perkara ini.
Bilakah tarikh akhit tutup permohonan?
- Tarikh tutup permohonan akan dikemaskini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang maklumat lanjut & pertanyaan sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM:
- Tel: 013-6893814
- Hari : Isnin – Jumaat
- Masa : 9.00pg – 4.00ptg
- Layari pautan: https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
ARTIKEL LAIN
Jika anda pelanggan Takaful Great Eastern,boleh daftar i-GET IN TOUCH
Jika anda pelanggan Takaful PRUBSN,boleh daftar PRUBSN TOUCH
Jika anda pelanggan Takaful MyZurichLIFE ,boleh daftar
MyZURICHLIFE
Pengambilan untuk Perempuan bila pengambilannya.
Kalau tersalah tulis nama semasa daftar boleh buat permohonan lg ke? Sbb dkt kemaskini nk tukar nama dh xboleh
ya
Nak tanya kalau umur 20 keatas boleh daftar tak ??
Lupa katalaluan mcmna nak dpt balik ya?
[…] E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN […]
[…] E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN […]
[…] E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN […]
[…] E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN […]
sy nak tahu yg dikatakan nama anda tak tersenarai.dari segi mana kah kalau lain kali bagi lah penyebab tak tersenarai ,beri alasan supaya senang sy tahu apa punca sy tak dapat.
terima kasih.
jika status pemilihan awal tiada pengesahan, kat mana nak sahkan. bagaimana nak sahkan. sy tak jumpa
Saya pernah mendaftar “E-PENGAMBILAN TUDM”. sy terlupa kata laluan dan no tel lama sudah tidak di gunakan lagi. Macam mana saya nok mendaftar semula.