e-TUNAI BELIA RAHMAH (Cara Penebusan Kredit RM200)
Kepada para BELIA bakal menerima kredit secara one-off dalam akaun e-dompet masing-masing menerusi program eTunai Belia Rahmah. Bagaimana cara penebusan? Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.
APA ITU e-TUNAI BELIA RAHMAH
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 dan bertujuan untuk:
- Meringankan beban kewangan belia;
- Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
- Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
KELAYAKAN PENERIMA e-TUNAI BELIA RAHMAH
Berikut adalah merupakan penerima yang layak program ini:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
KADAR BAYARAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM200 dalam bentuk kredit e-tunai.
SENARAI e-WALLET TERLIBAT
Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini adalah:
- BigPay
- GrabPay
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
NOTA: Penyedia perkhidmatan e-Wallet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
TARIKH PENEBUSAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
- Program ini dijangka akan bermula pada *Akan Dikemaskini
CARA PERMOHONAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
Berikut adalah merupakan cara permohonan:
- Permohonan boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
- Buka salah satu aplikasi Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi etunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan eTunai Belia Rahmah dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
- Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
NOTA: Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eTunai yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.
SOALAN LAZIM (FAQ) eTUNAI BELIA RAHMAH
Apakah itu Program eTunai Belia Rahmah?
- Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
- Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM200 dalam bentuk kredit e-tunai.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut mengenai eTunai Belia Rahmah ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/
ARTIKEL LAIN
- CARA TOPUP RFID TOUCH n GO (Tambah Nilai Online & Lokasi Pembelian)
- PERMOHONAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG BELIA (Cara Claim Program Baucar RM75 myptv.my)
- SAVE 3.0 (Cara Tebus Claim Baucar Online Shopee, Lazada, Pg Mall & Pembelian Manual)
Semakan bantuan eWallet no
Bantuan eWallet RM150
bantuan eWallet 150
bantuan ewallet RM150
Bantuan ewallet RM150
I need ur help I can’t resign my tng 150 ringgit
Mohon
Bantuan TNG RM 150
Boss bagi e Wallet RM 200 Bo’ss atau 150 boss tng tlg boss perlukan duit
bantuan TNG 150
Bantuan 200