e-TUNAI BELIA RAHMAH 2023 (Syarat & Cara Penebusan Kredit RM200)
Terkini, kepada para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun, Kerajaan telah memperkenalkan program e-Belia Tunai Rahmahiaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eBelia eWallet 2023. Bagaimana cara untuk penebusan ebelia eWallet ini? Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu
APA ITU e-TUNAI BELIA RAHMAH
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 dan bertujuan untuk:
- Meringankan beban kewangan belia;
- Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia; dan
- Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal
.
KELAYAKAN PENERIMA e-TUNAI BELIA RAHMAH
Berikut adalah merupakan penerima yang layak program ini:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
KADAR BAYARAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 dalam bentuk kredit e-tunai.
SENARAI e-WALLET TERLIBAT e-TUNAI BELIA RAHMAH
Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini adalah:
- BigPay
- GrabPay
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
NOTA: Penyedia perkhidmatan e-Wallet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
TARIKH PENEBUSAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
- Program ini dijangka akan bermula pada *Akan Dikemaskini
CARA PENEBUSAN e-TUNAI BELIA RAHMAH
Bagi belia yang layak menerima e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 ini, haruslah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda terlebih dahulu bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ini.
Cara Claim Kredit e-Tunai Belia Rahmah Melalui Tng Ewallet
- Buka aplikasi TNG eWallet dan klik pada ikon e-Pemula Credit.
- Atau klik ikon Profile di penjuru kanan muka hadapan aplikasi.
- Tekan butang Let’s Go.
- Sila ambil gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Ambil gambar selfie diri anda yang jelas.
- Akaun Touch n Go eWallet anda akan diverifikasi dalam masa 48 jam.
Cara Claim Kredit e-Tunai Belia Rahmah Melalui ShopeePay
- Buka aplikasi ShopeePay anda
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Cara Claim Kredit e-Tunai Belia Rahmah Melalui GrabPay
- Buka aplikasi GrabPay anda
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
Cara Claim Kredit e-Tunai Belia Rahmah Melalui BigPay
- Buka aplikasi BigPay anda
- Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-tunai tersebut. Pengendali e-tunai akan membuat verifikasi identiti pengguna secara elektronik
- Di aplikasi e-tunai pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada paparan tuntutan ePemula dan tekan “Hantar”
- Anda akan dimaklumkan sekiranya tuntutan berjaya
NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-tunai. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit ePemula
TEMPOH PENEBUSAN KREDIT e-PEMULA
Kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga *Akan Dikemaskini
NOTA: Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eTunai yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula ini, sila layari pautan https://budget.mof.gov.my/
ARTIKEL LAIN
- CARA DAFTAR Go+ Touch ‘N Go eWallet (Macam Mana Nak Mula Pelaburan)
- CARA TRANSFER WANG KE TNG eWALLET (GUNA DUITNOW ID & NO AKAUN)
Touch n go
Nak tuntut e tunai ebelia epemula
Touch n go ewallet
Touchngo
Macam mana nak tuntut?
Macam mana nK daftar e pemula 2023
Macam mana nak mohon
Macam mana nak mohon
Bila mula ni
Macam mana nak buka e pemula
Hi slm sejatera
bagai mana sy mahu memdaftar
Bagaimana saya nak mendaftar