eBELIA RAHMAH 2023 (Syarat & Cara Penebusan Kredit RM200)

eBELIA RAHMAH 2023 (Syarat & Cara Penebusan Kredit RM200)

Kepada para belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda boleh membuat permohonan eBelia Rahmah yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Disini kami akan kongsikan kepada anda syarat dan cara penebusan kredit eBelia Rahmah RM200, semoga membantu.

Yang terkini anda boleh claim e-WALLET RM100 eMADANI(Penebusan 4 Disember 2023)

Baca juga :

DUIT eMADANI LAMBAT MASUK(Dah Claim Tapi Belum Dapat)

eMADANI TAK LAYAK GAGAL(Sebab Duit eWallet Tak Dapat)

APA ITU eBELIA RAHMAH

Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan. Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa. Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit  yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih

.

KELAYAKAN PENERIMA eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi penerima program ini iaitu:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal)

KADAR BAYARAN eBELIA RAHMAH

Belia yang layak akan meneri RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off melalui salah satu daripada tiga penyedia  perkhidmatan eWallet.

SENARAI eWALLET TERLIBAT eBELIA RAHMAH

Berikut adalah merupakan eWallet yang terlibat menerusi program ini iaitu:

  • Boost
  • Setel
  • Touch ‘n Go eWallet

NOTA: Penyedia perkhidmatan ewallet terlibat turut akan memberi insentif tambahan dalam bentuk baucer, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini

TARIKH PENEBUSAN eBELIA RAHMAH

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023,

CARA PENEBUSAN eBELIA RAHMAH RM200

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
  2.  Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun
  4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari

NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah

TEMPOH GUNA KREDIT eBELIA RAHMAH

Kredit yang ditebus serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai eBelia Rahmah, sila layari portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia

ARTIKEL LAIN

20 thoughts on “eBELIA RAHMAH 2023 (Syarat & Cara Penebusan Kredit RM200)”

Leave a Comment