eHEALTH SARAWAK: Cara Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)

Utama / eHEALTH SARAWAK / eHEALTH SARAWAK: Cara Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)

eHEALTH SARAWAK: Cara Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)

 

Sekiranya anda ada keperluan atau ingin masuk ke Sarawak, semestinya anda akan membuat permohonan Enter Sarawak terlebih dahulu. Dan setelah mendapat kelulusan, anda dikehendaki untuk mengisi e-Health Declaration(eHDF) 12 jam sebelum kemasukan ke Sarawak.

Bagaimana cara untuk mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MENGISI BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN (eHDF)

Untuk pengetahuan anda kemasukan ke Sarawak adalah hak dan dibawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang telah termaktub dalam Perjanjian MA63.

Oleh itu, semua warganegara Malaysia (termasuk warga Sarawak) hendaklah mengisi Borang Deklarasi eHealth (eHDF) dan wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi sebagai syarat untuk kemasukan ke Sarawak.

 

APA ITU eHEALTH (eHDF)

e-Health Declaration Form (eHDF) adalah satu borang pengisytiharan kesihatan kemasukan ke sarawak secara online yang perlu diisi dalam tempoh 12 jam sebelum penerbangan anda ke Sarawak. Setelah anda mengisi borang, anda akan mendapat barkod untuk di scan di lapangan terbang.

 

PANDUAN SEBELUM MENGISI BORANG eHEALTH SARAWAK

Pastikan anda mengetahui perkara ini terlebih dahulu sebagai panduan:

  • Sekiranya anda gagal, enggan dan/atau lalai untuk mengisi, menyembunyikan atau mengisytiharkan secara palsu, anda mungkin dikenakan bayaran di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam, 1999.
  • Anda mungkin tertakluk kepada Ujian Swab COVID-19 semasa Kemasukan secara rawak atau apabila diperlukan mengikut dasar yang dikuatkuasakan pada masa itu.
  • Pelancong yang memasuki Sarawak di mana-mana pintu masuk dikehendaki melengkapkan borang pengisytiharan mandatori ini.
  • Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penafian kemasukan ke Negeri.
  • Pelancong sedar sepenuhnya bahawa adalah merupakan satu kesalahan jenayah untuk mendorong Kerajaan Negeri Sarawak membenarkan kemasukan atas dasar pengisytiharan palsu;
  • Data yang disediakan oleh pengembara adalah sulit sepenuhnya dan hanya berfungsi untuk pencegahan wabak, di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
  • Keputusan Borang Pengisytiharan e-Kesihatan (Lorong Hijau/Lorong Biru/Lorong Kuning) tidak menjejaskan kemasukan anda ke dalam dan dalam Sarawak.

 

CARA MENGISI BORANG PENGISYTIHARAN KESIHATAN (eHEALTH SARAWAK)

Berikut adalah merupakan cara untuk mengisi borang eHealth Sarawak:

  1. Layari pautan e-Borang Pengisytiharan Kesihatan: https://ms.microweb.my/
  2. Pada papaparan utama, klik Enter
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan dan jawab setiap soalan yang tertera. Pastikan anda menjawab semua soalan dengan jujur dan benar.
  4. Setelah lengkap semuanya, tick pada terma dan syarat dan tekan Submit
  5. Satu Qr Code akan terpapar, pastikan anda screenshot untuk disimpan dan ditunjukan kepada imegresen semasa memasuki sarawak nanti.

NOTA: Sekiranya anda mempunyai anak, boleh letakkan di bawah sebagai dependant dan isi no telefon anda.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN MASUK SARAWAK

Untuk dokumen diperlukan anda boleh merujuk jadual di bawah:

eHEALTH SARAWAK
eHEALTH SARAWAK

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai eHealth Sarawak, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN ENTER SARAWAK(Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak)

SEMAKAN KADAR ROAD TAX KENDERAAN MILIK PERSENDIRIAN & SYARIKAT(Semenanjung Sabah Sarawak)

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK:CARA PERMOHONAN PPR/PPRP/RSP/SRI PERTIWI(hdc.sarawak.gov.my)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *