eHLP KKM 2024(Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh)

Utama / eHLP KKM / eHLP KKM 2024(Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh)

eHLP KKM (Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh)

Adakah anda seorang kakitangan KKM. Untuk pengetahuan anda, tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan / Tanpa HLP Kepada Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM telah dibuka untuk sesi akademik 2022/2023. Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata ia dibuka mulai 28 Januari ini kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak. Tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah dan kepakaran ditawarkan KKM. Mereka yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM

 

APAKAH eHLP KKM?

Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuka tawaran mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, area of special interest (AOSI), Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan kepakaran kepada pegawai lantikan tetap serta kontrak kementerian itu.

Pembukaan tawaran kali ini adalah berbeza daripada tahun sebelumnya dimana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway.

 

TARIKH HLP KKM 

Dibuka mulai 28 Januari 2022.

 

CARA PERMOHONAN

Pegawai-pegawai yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan menerusi sistem e-HLP KKM di http://ehlp.moh.gov.my.

 

DOKUMEN SURAT PENAWARAN IKLAN DAN SYARAT TAWARAN

 

TAWARAN A (SARJANA/ KEDOKTORAN/ AREA OF SPECIAL INTEREST)

TAWARAN B (SARJANA PERUBATAN)

TAWARAN C (SUB KEPAKARAN)

TAWARAN D (LALUAN PARALEL)

TAWARAN E (SIJIL/ DIPLOMA/ IJAZAH)

  • TAWARAN E: KEMUDAHAN CUTI BELAJAR KUMPULAN PELAKSANA(kemudahan cuti belajar tanpa hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti kursus dalam perkhidmatan secara sepenuh masa sesi akademik 2021/2022 kepada pegawai kumpulan pelaksana (bukan gunasama dan kader) lantikan kementerian kesihatan malaysia)

PENGURUSAN & PROFESSIONAL (P&P)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan:

Bahagian Pengurusan Latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
(Kursus Jangka Panjang / Sederhana)

Talian telefon : 03-8885 0694

Emel:

(Tawaran A) [email protected]

(Tawaran B) [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PLK KKM (Permohonan  Program Latihan Kepakaran Pegawai Perubatan/Pergigian)

SEMAKAN NO PENDAFTARAN PRODUK/UBAT KKM:CHECK STATUS ONLINE(KOD RUJUKAN PRODUK)

SEMAKAN SENARAI STATUS KOSMETIK BERACUN YANG DIHARAMKAN KKM

 

One comment

  1. Borang permohonan C subkepakaran utk sesi 2023 tak dikeluarkan lagi atau tak ada tawaran untuk tahun 2023? Sekian

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *