ELDP KKM MALAYSIA (Keputusan Kursus Lanjutan MOH)

BAGAIMANAKAH CARA SEMAK KEPUTUSAN KURSUS ELDP KKM MALAYSIA?

Kepada warga KKM semestinya anda akan mengikuti kursus lanjut yang dikenali sebagai ELDP KKM. Latihan dalam perkhidmatan ini dijalankan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan semakan, semoga membantu.

APA ITU ELDP KKM

ELDP KKM merupakan suatu sistem Latihan Dalam Perkhidmatan bagi program pengkhususan atau diploma lanjutan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia

TAWARAN KHUSUS ELDP 

Ianya berbentuk latihan khusus lanjutan yang dikhususkan yang ditawarkan kepada:

  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Juruterapi Pergigian
  • Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB).

INSTITUT LATIHAN ELDP KKM

Berikut adalah merupakan senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Yang Menawarkan Program Lanjutan iaitu:

  • ILKKM Sultan Azlan Shah, Perak
  • ILKKM Johor Bharu, Johor
  • ILKKM Kota Kinabalu, Sabah
  • ILKKM Kuching, Sarawak
  • ILKKM Alor Setar (Kejururawatan) Kedah
  • ILKKM Kuala Pilah (Kejururawatan) Negeri Sembilan
  • ILKKM Kubang Kerian (Kejururawatan) Kelantan
  • ILKKM Kuala Terengganu (Kejururawatan) Terengganu
  • ILKKM Kuantan(Kejururawatan) Pahang
  • ILKKM Sandakan (Kejururawatan) Sabah
  • ILKKM Sibu (Kejururawatan) Sarawak
  • ILKKM Kuala Lumpur (Teknologi Makmal Perubatan) W.P. Kuala Lumpur
  • ILKKM Georgetown (Pergigian) Pulau Pinang
  • ILKKM Alor Setar (Pembantu Perubatan) Kedah
  • ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan) Negeri Sembilan

SENARAI PROGRAM ELDP 

Anda boleh merujuk senarai program yang ditawarkan bagi tahun 2023 menerusi pautan di bawah:


CARA DAFTAR ELDP KKM

Sekiranya anda pengguna baharu, seharusnya membuat pendafataran seperti berikut:

  1. Layari pautan ELDP 
  2. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki di ruangan yang disediakan dan klik pada butang “Daftar”.
  3. Akhir sekali, pemohon akan menerima notifikasi pendaftaran ELDP pemohon berjaya.

CARA PERMOHONAN ELDP KKM

Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat permohonan program lanjutan KKM iaitu:

  1. Layari pautan ELDP  dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan menu utama, klik pada bahagian Profil Diri dan lengkapkan butiran maklumat peribadi anda sebelum membuat permohonan.
  3. Seterusnya klik pada bahagian Permohonan Kursus untuk membuat permohonan LDP dan klik pada Mohon Baru.
  4. Isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia dengan lengkap dan klik pada butang Simpan.
  5. Semak kembali maklumat anda, sekiranya betul dan lengkap, klik Hantar untuk menghantar permohonan anda. Selesai

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ELDP KKM

Kepada anda yang ingin membuat semakan status permohonan anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan ELDP  dan log masuk akaun anda
  2. Klik pada semakan
  3. Status permohonan anda akan terpapar sama ada diterima atau ditolak.

MASALAH BERKAITAN ELDP 

Sekiranya terdapat sebarang persoalan sila kemukakan ke alamat emel [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai ELDP KKM, anda boleh melayari portal rasmi Latihan Dalam Perkhidmatan (Kursus Lanjutan) KKM

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment