eMADANI TAK LAYAK GAGAL(Sebab Duit eWallet Tak Dapat)

eMADANI TAK LAYAK GAGAL(Sebab Duit eWallet Tak Dapat)

eMADANI TAK LAYAK GAGAL

Terkini penebusan tawaran ewallet RM100 eMadani boleh dilaksanakan oleh golongan yang berkelayakan. Tetapi bagaimana jika penebuasan eMadani anda tak layak atau gagal? Semestinya anda ingin mengetahui sebabnya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

Permohonan eMadani Reject?Ini Cara Buat Rayuan

 

APA ITU RM100 eMADANI

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

 

SYARAT KELAYAKAN RM100 eMADANI

Pemberian ini layak kepada kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023
  4. Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet
  5. Sudah menjalankan proses pengesahan akaun. Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

 

SENARAI eWALLLET TERLIBAT RM100 eMADANI

Berikut adalah merupakan antara eWallet yang terlibat dalam program ini:

  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch n Go eWallet

 

TARIKH PENEBUSAN DUIT RM100 eMADANI

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

 

SEBAB eMADANI TAK LAYAK ATAU GAGAL

Berikut adalah merupakan anatra beberapa sebab yang penebusan RM100 eMadani anda gagal iaitu:

Ralat sistemJika tuntutan anda ditolak/gagal akibat ralat sistem, dicadanagkan anda cuba lagi selepas 5 minit.
Tida Boleh Buat Rayuan

 

 

Berikut adalah merupakan punca yang tidak boleh dibuat rayuan iaitu:

  • Anda telah menuntut kredit eMADANI dengan e-dompet lain.
  • Anda pernah menerima eBeliaRahmah.
  • Tempoh tuntutan telah tamat.
  • Anda tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan
Boleh RayuanTuntutan anda ditolak atas sebab-sebab di bawah:

  • Kerakyatan anda tidak diiktiraf.
  • Nama dan nombor KP anda tidak sepadan.
  • Nombor KP anda tidak sah.
  • Rekod anda tidak dijumpai di dalam Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Anda tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023. Harap maklum bahawa hanya tahun yang diambil kira, jadi mereka yang lahir pada 1 Januari adalah sebaya dengan mereka yang lahir pada 31 Disember.

NOTA: Jika anda mempunyai bukti bahawa maklumat tersebut adalah salah, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan melalui aplikasi eWallet anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RM100 eMADANI

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program kredit e-Tunai?

  • Layak kepada kepada semua rakyat dewasa Malaysia berusia 21 tahun ke atas

Pendapatan tahunan saya melebih RM100,00.00 setahun, adakah saya layak menerima Kredit e-Tunai?

  • Tidak layak, pemberian ini merangkumi kepada golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah

Bilakah saya akan menerima Kredit e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

  • Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan ewallet yang terlibat

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “eMADANI TAK LAYAK GAGAL(Sebab Duit eWallet Tak Dapat)”

Leave a Comment