PERMOHONAN ENTER SARAWAK (Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak)

Utama / ENTER SARAWAK / PERMOHONAN ENTER SARAWAK (Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak)

PERMOHONAN ENTER SARAWAK (Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak)

 

Sekiranya anda ada keperluan atau ingin masuk ke Sarawak, anda dikehendaki membuat permohonan Enter Sarawak terlebih dahulu. Bagaimana cara untuk membuat permohonan dalam aplikasi enterSarawak? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MEMBUAT PERMOHONAN ENTER SARAWAK

Untuk pengetahuan anda  kemasukan ke Sarawak adalah hak dan dibawah kawalan Kerajaan Negeri Sarawak seperti yg telah termaktub dalam Perjanjian MA63. Seharusnya anda perlu mendapatkan  kebenaran terlebih dahulu sebelum naik kapal terbang, ini kerana pihak syarikat penerbangan akan menyemak kelulusan terlebih dahulu.

 

APA ITU PORTAL ENTER SARAWAK

EnterSarawak adalah sebuah portal saringan sebelum kemasukan ke Sarawak bagi membantu mengurangkan risiko penyebaran dalam pesawat sekali gus melindungi penumpang dalam pesawat yang sama selain mengurangkan risiko penularan kes import ke negeri tersebut.

 

SYARAT SEBELUM MENGISI ENTER SARAWAK

Berikut adalah merupakan syarat sebelum mengisi :

  • Bukti status ‘lengkap vaksinasi’
  • Keputusan ujian COVID-19 Negatif (dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak)

 

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN ENTERSARAWAK

Mengikut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan bahawa pengembara yang perlu mengisi borang EnterSarawak adalah seperti berikut:

  • Bukan warga Sarawak dalam Malaysia
  • Kanak-kanak di bawah 18 tahun (bukan warga Sarawak)
  • Masuk atas sebab kerja / mesyuarat (bukan warga Sarawak)
  • Kemasukan dari luar negara
  • Bukan warga Sarawak yang masuk bagi tujuan riadah

 

MUAT TURUN APLIKASI ENTER SARAWAK

Bagi memudahkan anda membuat permohonan, anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi EnterSarawak terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pauntan aplikasi EnterSarawak:

  • Play Store bagi penggunan Android
  • Apple Store bagi penggunan IOS 

 

CARA ISI  PERMOHONAN ENTER SARAWAK

Sebelum anda mengisi EnterSarawak, pastikan anda telah membeli tiket penerbangan. Berikut adalah merupakan cara mengisi permohonan:

  1. Buka aplikasi Enter Sarawak atau layari laman https://sarawakdisastermc.com/entersarawak/ . Dicadangkan kepada anda menggunan aplikasi kerana websitenya mudah crash dan tak dapat submit.
  2. Klik pada APPLY NEW ENTRY
  3. Isikan maklumat lengkap vaksin anda (boleh lihat di aplikasi MySejahtera anda)
  4. Muat Naik (upload0 dokumen sokongan seperti sijil vaksin, gambar IC, dan tiket penerbangan anda.
  5. Setelah lengkap semuanya tekan Submit
  6. Dalam masa 15 minit anda akan mendapat dapat email keputusan sama ada approval / rejection.
  7. Sekiranya status anda approval baru dapat masuk ke Sarawak.
  8. Selesai

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH MENGISI ENTER SARAWAK

Sekiranya anda hadapai masalah dengan system EnterSarawak, anda boleh hubungi SOCOE System: +6013-5842759

 

TINDAKAN SELEPAS MENGISI ENTER SARAWAK

Setelah anda mendapat kelulusan, berikut adalah tindakan selanjutnya yang anda harus lakukan:

  1. Isi e-Health Declaration 12 jam sebelum kemasukan ke Sarawak
  2. Check MySejahtera untuk Sijil Vaksin
  3. Semasa tiba di Sarawak, anda dikehendaki untuk beratur di bahagian Imigresen di barisan Malaysian, Non Sarawakian.
  4. Anda akan diberi satu slip kemasukan untuk simpanan. Pastikan anda JANGAN HILANG slip tersebut kerana ia diperlukan sewaktu keluar semula dari Sarawak nanti.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

Untuk dokumen diperlukan anda boleh merujuk  jadual di bawah:

"dokumen

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan EnterSarawak, anda boleh layari laman web https://sarawakdisastermc.com/

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN KADAR ROAD TAX KENDERAAN MILIK PERSENDIRIAN & SYARIKAT(Semenanjung Sabah Sarawak)

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK:CARA PERMOHONAN PPR/PPRP/RSP/SRI PERTIWI(hdc.sarawak.gov.my)

2 Comments

  1. Salam,

    Bukan warga Sarawak dalam Malaysia (Dari Selangor, Rakyat Malaysia).

    Ingin mengesahkan , saya akan masuk Sarawak bercuti pada 4/2/2022 hingga 9/2/2022.

    Saya perlu melaksanakan perkara berikut sahaja:

    1. Isi Enter Sarawak
    2.Sijil Vaksinaksi lengkap
    3, E Pengistiharaan Kesihatan

    Tak perlu buat ujian Rt-PCR/RTA.

  2. Untuk warga sarawak yang masuk Malaysia dari luar negara, saya sudah isi borang online enter hotel kuarantin di peninsula. Bila boleh saya tahu keputusan nya

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *