epengambilanpdrm.rmp.gov.my:CARA DAFTAR/REGISTER/LOGIN & PERMOHONAN KERJA POLIS 2022
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi petugas barisan hadapan iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), anda boleh berbuat demikian dengan merujuk portal rasmi epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
Melalui portal ini, anda boleh memohon untuk berkhidmat bersama PDRM berdasarkan kretiria yang ditetapkan. Berikut adalah cara register login dan membuat permohonan kerja PDRM.
APAKAH EPENGAMBILAN PDRM?
EPENGAMBILAN PDRM adalah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik. Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.
CARA DAFTAR & LOGIN PORTAL epengambilanpdrm.rmp.gov.my
Berikut ialah cara untuk mendaftar untuk membolehkan anda memohon jawatan di PDRM. Terpakai untuk kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.
- Layari portal rasmi epengambilan PDRM diportal MOHON KERJA POLIS
- Klik pada butang Pendaftaran Baru untuk register ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Isikan maklumat seperti yang diminta dan klik pada butang Serah.
- Semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
- Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula portal e-Pengambilan klik pada pautan “Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID” untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan Lupa Kata Laluan.
- Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan “Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan”.
CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PDRM
Setelah anda berjaya membuat pendaftaran akaun, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong PDRM. Berikut adalah cara untuk memohon jawatan yang ditawarkan :
- Login portal ePengambilan PDRM dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata laluan yang anda daftarkan.
- Sebelum itu, anda juga boleh membuat semakan jawatan untuk melihat kekosongan dan syarat kelalayakan memohon.
- Klik pada menu Permohonan Polis dan klik Permohanan Baru.
- Masukkan maklumat yang diminta :
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Keluarga
- Maklumat Akademik
- Maklumat Ko-kurikulum
- Pada butangPermohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
- Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
- Untuk butang Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
- Buat pengesahan sekali lagi untuk memastikan tiada maklumat salah atau tercicir. Setelah selesai klik pada Pengesahan.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
SEMAKAN STATUS PANGGILAN EKSESAIS PEMERIKSAAN UJIAN FIZIKAL
Kepada calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu seperti yang di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan:
- Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita): Tarikh Iklan Pada 16 April 2021 hingga 30 April 2021
- Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki): Tarikh Iklan Pada 02 Ogos 2021 Hingga 15 Ogos 2021
- Konstabel Polis Gred YA1 (Wanita): Tarikh Iklan Pada 20 September 2019 Hingga 08 November 2019
Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM Bermula 17 Januari 2022 hingga 06 Mac 2022.
Bagi calon Sabah dan Sarawak Ujian Pemeriksaan Fizikal akan bermula pada 03 Februari sehingga 06 Mac 2022.
SEMAK STATUS PANGGILAN MELALUI ePENGAMBILAN PDRM
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan status permohonan,
- Pergi ke pautan semakan ePengambilan PDRM
- Masukkan No.KP Baru dan Kata laluan anda, tekan Log Masuk
- klik pada menu Semak Status Permohonan.
- Status Pengambilan akan dipaparkan.
- Sila cetak surat panggilan tersebut.
Kalau tidak minat kerja polis, boleh kerja tentera darat
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, boleh hubungu Unit Pengambilan, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman melalui telefon di 03-22668348 atau emelkan kepada [email protected]
1 thought on “epengambilanpdrm.rmp.gov.my:CARA DAFTAR/REGISTER/LOGIN & PERMOHONAN KERJA POLIS 2022”