ePLKS Imigresen Malaysia(Pas Lawatan Kerja eCom & eSP)

PERMOHONAN ePLKS(Pas Lawatan Kerja Sementara  eCom & eSP Imigresen Malaysia)

Kepada majukan yang ingin perbaharui  perlanjutan permit kerja pekerja asing atau pembantu rumah untuk tahun seterusnya untuk membenarkan pekerja asing yang memegang PLKS terus bekerja secara sah boleh membuat permohonan melalui Sistem ePLKS Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Bagaimana cara untuk membuat permohonan memnggunakan ePLKS Imigresen Malaysia? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

APA ITU ePLKS Imigresen Malaysia

Sistem Lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (ePLKS) Secara Atas Talian membenarkan majikan atau wakil majikan memperbaharui lanjutan permit kerja pekerja asing di bawah syarikat seliaan mereka secara atas talian menerusi portal Permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Sistem ini membenarkan majikan atau wakil majikan untuk memohon lanjutan bagi pekerja asing dibawah syarikat mereka secara individu ataupun secara berkelompok mengikut prosedur dan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

SYARAT PERMOHONAN ePLKS IMIGRESEN MALAYSIA

Pastikan PA/PRA telah memenuhi syarat-syarat biasa permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara.

  • FOMEMA/ SPIKPA/ SPKHPA/ SBPA/ IG (Mana yang berkaitan) hendaklah terlebih dahulu disediakan sebelum membuat permohonan.
  • IG individu mohon secara individu, manakalaj IG kelompok hendaklah memohon lanjutan bagi kesemua PA yang tersenarai. Tidak boleh mohon runcit-runcit, nombor IG hanya boleh dimasukkan sekali sahaja.
  • PA/PRA telah dilaporkan lari dari majikan (abscond) atau telah tersenarai dalam senaraihitam/ senarai syak jabatan atau dalam senarai aktif BSS tidak layak memohon melalui Sistem ePLKS@JIM (Kod ralat 001/002).
  • PA/PRA telah tamat tempoh PLKS hendaklah memohon Pas Khas (eSP) bagi tindakan penyelarasan. (rujuk di bawah untuk permohonan eSP)
  • PA/PRA dengan tempoh sahlaku pasport kurang dari 12 bulan semasa kelulusan lanjutan PLKS dipohon adalah tidak layak memohon ePLKS atau kemudahan lain. Pastikan tempoh sahlaku pasport melebihi 12 bulan (seboleh-bolehnya melebihi 18 bulan).

TEMPOH PERMOHONAN ePLKS

Permohonan ePLKS boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum pas semasa tamat atau selewat-lewatnya pada tarikh akhir pas sahlaku (permohonan pada tarikh pas hampir tamat adalah tidak digalakkan).

CARA PERMOHONAN ePLKS

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan ePLKS secara online:

  1. Layari pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main
  2. Terdapat 2 jenis ID Pengguna iaitu
    • Pembantu Rumah Asing (PRA)
    • Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
  3. Majikan/wakil majikan boleh menghantar permohonan pendaftaran ID melalui menu Pendaftaran Permohonan Baru
  4. Permohonan yang dibenarkan dimohon melalui sistem ePLKS@JIM adalah:
    • Permohonan Lanjutan PL(KS) PA dan PRA
    • Permohonan eSP bagi PA dan PRA
    • Permohonan eCOM bagi PA dan PRA

Anda juga boleh rujuk Manual penuh Di SINI 

PROSES MENDAPATKAN KELULUSAN PLKS

  • Proses mendapatkan kelulusan adalah sekurang-kurangnya 7 hari bekerja.
  • Kelulusan dibuat mengikut pejabat BPA Negeri seperti yang tertera pada Slip Akuan Penerimaan.
  • Kelewatan mendapatkan kelulusan hendaklah dirujuk kepada pejabat yang berkenaan.

PROSES BAYARAN PLKS

  • Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari setelah mendapat kelulusan atau kelulusan akan terbatal secara automatik jika bayaran tidak diterima.
  • Kegagalan menjelaskan bayaran boleh menyebabkan majikan terpaksa memohon semula kelulusan ePLKS dan akan dikenakan tindakan bagi kes tinggal lebih masa dan/atau membuat semula pemeriksaan FOMEMA PA/PRA sekiranya telah luput.
  • Bayaran adalah dalam kaedah FPX (Internet Banking) sahaja. Sistem ePLKS@JIM pada masa sekarang tidak menerima kaedah pembayaran kad debit/kredit, ewallet dan yang lain.
  • Setelah bayaran dibuat, sila cetak resit bayaran dan dapatkan temujanji STO dengan kadar segera di BPA Negeri mengikut lokaliti bagi tujuan endosmen pelekat PLKS.

CARA PERMOHONAN PAS KHAS (eSP)

Untuk membuat permohonan eSP hanya boleh dipohon setelah PLKS atau Pas semasa tamat tempoh (Tinggal lebih masa 1 hari sehingga maksima 30 hari):

  1. Tujuan permohonan eSP yang dibenarkan adalah bagi tujuan berikut sahaja
    • Pending Medical Report (Tujuan menunggu keputusan FOMEMA)
    • Pending KDN Approval (Sektor Kawalan Keselamatan sahaja)
    • Pending Visit Pas Temporary Employment, VPTE (Tujuan lanjutan PLKS)
    • Making Arrangement To Leave The Country (Tujuan back4good, COM)
  2. Bagi tujuan selain daripada yang tersenarai di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.
  3. Bagi kes APPEAL FOMEMA sila rujuk pejabat.
  4. Proses mendapatkan kelulusan adalah sekurang-kurangnya 3 hari bekerja. Kelulusan dibuat mengikut pejabat BPA Negeri seperti yang tertera pada Slip Akuan Penerimaan. Kelewatan mendapatkan kelulusan hendaklah dirujuk kepada pejabat yang berkenaan.
  5. Bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 7 hari setelah mendapat kelulusan atau kelulusan akan terbatal secara automatik jika bayaran tidak diterima.
  6. Kegagalan menjelaskan bayaran boleh menyebabkan majikan terpaksa memohon semula kelulusan eSP dan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan bagi kes tinggal lebih masa melebihi 30 hari.
  7. Bayaran adalah dalam kaedah FPX (Internet Banking) melalui akaun individu sahaja. Sistem ePLKS@JIM pada masa sekarang tidak menerima kaedah pembayaran kad debit/kredit, ewallet dan yang lain.
  8. Setelah bayaran dibuat, sila cetak eSP dan lampirkan di dalam pasport PA/PRA.
  9. Majikan boleh mula memohon kemudahan eSP melalui portal ePLKS. https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main

PROSES MEMO PERIKSA KELUAR (eCOM)

Bagi PA/PRA yang hendak dihantar pulang oleh majikan, eCOM boleh dipohon sekurang-kurangnya sebelum 14 hari dari tarikh penerbangan/ feri/ bas keluar dari Malaysia.

  1. Tiket penerbangan/ feri atau bas hendaklah muktamad dan sahlaku.
  2. eCOM yang telah dipohon adalah FINAL dan tidak boleh dipinda.
  3. Proses mendapatkan kelulusan adalah sekurang-kurangnya 1 hari bekerja. Kelulusan dibuat mengikut pejabat BPA Negeri seperti yang tertera pada Slip Akuan Penerimaan. Kelewatan mendapatkan kelulusan hendaklah dirujuk kepada pejabat yang berkenaan.
  4. Tiada bayaran dikenakan.
  5. Setelah majikan mendapat kelulusan eCOM, sila cetak 2 salinan eCOM dan lampirkan di dalam pasport PA/PRA.
  6. Tiada urusniaga pendek pas atau sebarang catatan/endosmen tambahan diperlukan pada pasport PA/PRA.
  7. Pengesahan eCOM dan pembatalan status PA/PRA akan dilakukan semasa pemeriksaan keluar imigresen.
  8. Majikan boleh mula memohon kemudahan eCOM melalui portal ePLKS. https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main

KEMASKINI MAKLUMAT ePLKS

Berikut adalah cara untuk kemaskini majikan/wakil majikan:

  • Kemaskini maklumat emel/ nombor telefon di BPA Negeri
  • Kemaskini maklumat selainnya di OSC BPPA KDN

Permohonan ID ePLKS@JIM yang DITOLAK:

  • Pastikan sebab permohonan ditolak (semak emel untuk notifikasi).
  • Maksimum 3 ID sahaja boleh dipohon bagi setiap syarikat.
  • ID hanya boleh dipohon oleh pemilik/ pengarah atau berjawatan pengurusan keatas sahaja.
  • Sekiranya ditolak, sila masuk semula ke Sistem ePLKS@JIM dan hapus dokumen yang telah dimuatnaik. Muatnaik semula dokumen yang diperlukan dan hantar semula.
  • Proses kelulusan permohonan ID Pengguna ePLKS@JIM adalah antara 5 hingga 7 hari bekerja. Kelulusan dibuat mengikut pejabat BPA Negeri seperti yang tertera pada Slip Akuan Penerimaan. Kelewatan mendapatkan kelulusan hendaklah dirujuk kepada pejabat yang berkenaan.

Nota: Jangan kongsikan maklumat id pengguna eplks@jim dan kata laluan kepada pihak yang tidak berkenaan. Sebarang penyalahgunaan adalah dibawah tanggungjawab pengguna yang didaftarkan. Sila jaga maklumat id pengguna sepertimana anda menjaga akaun perbankan anda.

MAKLUMAT LANJUT ePLKS Imigresen Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ePLKS, anda boleh merujuk:

ARTIKEL LAIN

sto.imi.gov.my (PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN MALAYSIA)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *