eRebate RM200 Program SAVE 2.0(Cara Tebus Baucer Shopee)

eRebate RM200 Program SAVE 2.0(Cara Tebus Baucer Shopee)

 

Program SAVE 2.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah berhajat untuk memiliki penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Pembelian boleh dibuat melalui laman web dan applikasi Shopee dan Lazada.

 

APA ITU PROGRAM SAVE 2.0

Melalui pelaksanaan Program SAVE 2.0, objektif pelaksanaan yang digariskan oleh pihak SEDA adalah:

  • Kesedaran orang awam dapat dapat ditingkatkan bagi membeli kelengkapan elektrik yang cekap tenaga yang menjimatkan tenaga elektrik pengguna khususnya pengguna domestik.
  • Jumlah bilangan peralatan cekap tenaga dan kelengkapan elektrik cekap tenaga yang bertaraf 4 dan 5 bintang di pasaran dapat ditingkatkan.

 

Apakah Syarat Kelayakan?

Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
  3. e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa dahulu dia dapat).

 

CARA CLAIM REBAT 200 SHOPEE(eRebate RM200)

  1. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk semak cara daftar dan register e-Rebat 200 melalui Program SAVE 2.0 Malaysia ini:
  2. Sila klik pada link ini, https://shopee.com.my/m/program-save
  3. Anda boleh cari senarai peti sejuk atau aircond yang anda inginkan untuk beli di portal online shopping Shopee Malaysia
  4. Anda boleh hubungi dan contact seller Shopee yang menjadi pilihan anda untuk beli produk miliknya. Penjual / Shopee seller ini sendiri akan bantu anda tebus & claim rebat RM200
  5. Jika dilulus, seller akan share dengan anda voucher Shopee bernilai RM200 kepada anda untuk anda claim / tebus baucar tersebut semasa proses pembelian aircond / fridge yang anda inginkan
  6. Semasa proses pembelian anda boleh masukkan untuk claim rebate baucar 200 tersebut di bahagian ‘Shop Voucher’

 

LANGKAH-LANGKAH VERIFY AKAUN SHOPEEPAY ANDA UNTUK DAPATKAN BAUCAR

1. Klik pada bahagian ShopeePay anda

 

2. Pergi ke bahagian ShopeePay Setting

3. Di bahagian IC Verification, klik Set Now

4. Ambil gambar kad pengenalan dan gambar anda Tick pada kotak yang disediakan dan klik Confirm 

 

 

SEBARANG MAKLUMAT TERKINI BOLEH DIDAPATI

https://www.treasury.gov.my/

Tel: 03-8000 8000

Fax: 03-88823893
Emel: [email protected]

 

 

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *