eRUMAH PENANG(CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS)
Berita baik dan menarik bagi penduduk pulau pinang dan sekitarnya yang mahu memiliki rumah sendiri. Penduduk Pulau Pinang yang berkelayakan di pelawa untuk membuat pendaftaran secara online melalui skim eRumah Pulai Pinang untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing.Pemohonan boleh dibuat melalui laman sistem Portal Rasmi eRumah Penang.
Pendaftaran online permohonan eRumah Pulau Penang
eRumah adalah Sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang (Penang), yang merupakan salah satu inisiatif yang disediakan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Pulau Pinang yang inginkan “Satu Rumah, Satu Keluarga”. Faktor pemangkin penubuhan eRUMAH PENANG adalah seperti berikut
- harga rumah yang terlalu mahal
- kos sara hidup tinggi
- ramai yang tidak mampu mampu memiliki rumah sendiri
Laman web sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang terdapar permohonan bagi rumah
- Rumah Kos Rendah (KR)
- Kos Sederhana Rendah (KSR)
- Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- Rumah Mampu Milik (RMM)
Ini merupakan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan pemohon mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi internet dan memudahkan pemohon.
ini cara mudah dan senang buat pembiayaan perumahan…SKIM PERUMAHAN BELIA BSN :SEMAK STATUS, KELAYAKAN & CARA MOHON
SYARAT PERMOHONAN eRUMAH PENANG
- Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
- Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
- Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
- Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
- Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
- Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
- Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum
- Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
- Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
- Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
- Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
- Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami
- 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
- 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
- Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
- Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah sahaja akan dipertimbangkan.
- Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
- Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
- Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
- Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
- Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
- Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
- Jika [email protected] berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
- Surat Akuan Sumpah mestilah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.
* Syarat-syarat di atas boleh dipinda @ ditambah oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengikut keadaan dari semasa ke semasa.
MODUL eRUMAH PENANG
Sistem eRumah bagi permohonan online dibahagikan kepada 3 kategori pemohon iaitu:
- Pemohon Baru
- Pemohon Sedia Ada
- Pemilik
SKRIN UTAMA eRUMAH
Skrin utama bagi sistem eRumah yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna mengakses sistem ini tanpa perlu berurusan di kaunter.
a) Login Pemohon & Pendaftaran/Semak (KP/Status)
- Untuk Pengguna baru yang belum mempunyai ID Login untuk membuat pendaftaran.
- Pengguna yang pernah mendaftar login pula boleh menyemak terlebih dahulu sama ada data mereka terdapat dalam sistem eRumah ini.
b) Login Pemaju
- Untuk pemaju mendaftarkan permohonan bagi Perumahan Mampu Milik
- Pemaju boleh melihat senarai permohonan yang telah mereka daftarkan mengikut projek.
c) Di bahagian bawah skrin terdapat 4 pautan dan bahagian atas skrin mempunyai 2 pautan iaitu :
- Syarat-Syarat Permohonan
- Pengguna boleh mengetahui syarat-syarat permohonan rumah di skrin ini.
- Syarat-syarat permohonan ini dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
- Syarat PPR (Projek Perumahan Rakyat) RUMAH MESRA RAKYAT: SEMAKAN PERMOHONAN
- Syarat KR (Kos Rendah)
- Syarat KSR (Kos Sederhana Rendah)
- Syarat MM (Mampu Milik)
2) Senarai Projek Aktif
- Menyenaraikan semua projek aktif KR/KSR/MM
- Projek Aktif ini dikategorikan mengikut daerah yang telah ditetapkan iaitu:
- Seberang Perai Tengah
- Seberang Perai Utara
- Seberang Perai Selatan
- Daerah Barat Daya
- Daerah Timur Laut
- Angka yang ditunjukkan di sebelah daerah itu adalah bilangan projek yang masih aktif.
- Klik pada nama daerah yang mempunyai projek aktif untuk menyenaraikan semua projek aktif di bawah daerah tersebut.
- Melalui skrin ini pengguna boleh mengetahui dengan lebih terperinci mengenai projek yang ditawarkan.
3) Berjaya Tawaran
- Melalui skrin ini, pengguna dapat melihat secara telus, senarai nama pemohon yang berjaya ditawar untuk setiap projek perumahan
- Bagi pemohon berjaya, maklumat lanjut tawaran boleh diperolehi apabila login ke dalam sistem
15 PROJRK PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG AKTIF DI PULAU PINANG
Menariknya, dalam sistem eRumah ini, anda boleh tengok sendiri projek skim perumahan mampu milik yang tengah mencanak naik sekarang ini di sekitar Pulau Pinang.
Sebenarnya ,ini semua untuk memudahkan semua pengguna yang menggunakan sistem eRumah.Oleh itu,saya akan senaraikan projek baru di kawasan Seberang Perai Tengah,Seberang Perai Utara,Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya.
Rumah Pangsa Desa Wawasan (PPR) | Di Sungai Rambai, Bukit Mertajam 20 tingkat dengan 907 unit 1 unit – 700 kaki persegi Berdekatan dengan akses kemudahan awam Harga mampu milik |
[email protected] Pauh (PPR) | Di Permatang Pauh Seberang Perai Projek PR1MA Jenis rumah pangsa mampu milik C3 1014 unit dengan 900 kaki persegi/unit RM250,000 – RM300,000 Siap dibina Mei 2021 |
Rumah Pangsa Ampang Jajar (PPR) | Di Jalan Permatang Pauh Rumah jenis pangsa 755 unit Harga mampu milik |
Ampang Jajar (MPSP) PPR | Di Jalan Permatang Pauh Jenis rumah pangsa Hanya ada 6 unit sahaja. |
Jiran Residensi (RMM200k) | Di Kampung Jawa Butterworth Jenis rumah pangsa mampu milik C2 Harga maksimum RM200,000 150 unit dengan 850 kaki persegi/unit Berdekatan dengan akses pengangkutan awam |
Jiran Residensi (RMM300k) | Di Seksyen 4, Butterworth Jenis rumah pangsa mampu milik C3 Harga maksimum RM300,000 204 unit dengan 1,000 kaki persegi/unit Berdekatan dengan akses pengangkutan |
Taman Scientex Tasek Gelugor | Ada 5 fasa Rumah mampu milik C3 jenis teres 2 tingkat Harga maksimum RM300,000 116 unit dengan 1123 kaki persegi/unit Sebanyak 50,000 dijangka siap pada tahun 2028 |
The Stone | Di Paya Terubong 5 Rumah mampu milik jenis C 1,000 unit untuk 2 block Keluasan 1,000 kaki persegi/unit Harga maksimum RM400,000 |
Grace Harmony (LMC) | Di Jalan Jelutong, Seksyen 4 Rumah mampu milik jenis B 44 tingkat dengan 310 unit Keluasan 700 kaki persegi/unit Harga maksimum RM72,500 |
Grace Harmony (RMMC3) | Di Jalan Jelutong, Seksyen 4 Rumah mampu milik Jenis C 44 tingkat dengan 444 unit Keluasan 850 kaki persegi/unit Harga maksimum RM300,000 |
Ramah Pavilion (RMM4A) | Di Teluk Kumbar Rumah mampu milik jenis pangsa 38 tingkat dengan 759 unit Keluasan 1,355 kaki persegi Harga maksimum RM400,000 |
Quinton | Di Jalan Sungai Pinang, Air Putih, Balik Pulau Rumah mampu milik Jenis C2 27 unit Harga maksimum RM200,000 |
Dua Residensi 2 | Di Teluk Kumbar Rumah mampu milik jenis C3 7 tingkat dengan 208 unit Keluasan 1,000 kaki persegi/unit Berdekatan dengan lapangan terbang dan Jambatan Pulau Pinang Harga maksimum RM300,000 |
Tree O | Di Sungai Ara Rumah mampu milik jenis C Keluasan 900 kaki persegi/unit Pemandangan bukit dan laut. Harga maksimum RM300,000 |
Havana Beach Residences | Di Bayan Lepas Rumah mampu milik Jenis C3 50 tingkat dengan 1342 unit Keluasan 850 kaki persegi/unit Harga maksimum RM300,000 |
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pengguna boleh menyemak terus status permohonan mereka di halaman semakan/login pemohon eRumah iaitu dengan hanya memasukkan No. KP di ruangan berikut:-
CARA PERMOHONAN ( PEMOHON BARU)
Pemohon baru (data belum direkodkan dalam SMP) adalah pemohon yang belum pernah mendaftar dengan sistem eRumah ini.
- Bagi pemohon baru, pemohon hendaklah memasukkan No. KP di ruanganPendaftaran/Semak (KP/Status). Kemudian klik Daftar/Semak KPuntuk meneruskan permohonan.
- Skrin Semakan Kad Pengenalan akan dipaparkan untuk pemberitahuan bahawa No. KP tersebut belum wujud dan perlu melalui proses daftar. Klik “di sini” untuk membuat permohonan baru atau kembali ke skrin utama.
- Sebelum dibenarkan ke skrin pendaftaran, pemohon dikehendaki memasukkan terlebih dahulu syarat-syarat awal permohonan. Ini bagi membolehkan hanya data pemohon yang layak sahaja dibenarkan untuk meneruskan permohonan.
- Pemohon dikehendaki mengisi kesemua ruanganmaklumat. Ruangan yang bertanda (*) wajib diisi oleh pemohon.
- Skrin akan menunjukkan Maklumat Rumah pilihan :
- Harga Rumah Pilihan Sila pilih dari senarai.
- Daerah Rumah Yang Dipilih Sila pilih dari senarai.
- Klik Seterusnya dan popup mesej akan terpapar memaklumkan pengguna bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tetap dan tidak boleh diubah sehingga selesai proses pendaftaran. Klik OK untuk ke skrin Maklumat Pemohon atau Cancel untuk ke skrin syarat awal permohonan tadi.
- Skrin Borang Permohonan
- Maklumat Pemohon perlu dilengkapkan dengan lengkap
- Isi maklumat Pasangan
- Isi maklumat tanggungan
Setelah selesai kemasukan data dan pasti untuk menghantar pendaftaran, sila klik butang arahan Hantar untuk menghantar permohonan.
NOTA MAKLUMAN
- Notifikasi akan dipaparkan terlebih dahulu sebagai pengesahan permohonan telah dihantar
- Setelah selesai menghantar pendaftaran, pemohon boleh login ke dalam sistem untuk melihat status permohonan dari masa ke semasa
- Pemohon boleh login ke skrin ini dengan menggunakan ID dan Katalaluan yang telah dicipta sebelum ini
UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
Sila berhubung
BAHAGIAN PERUMAHAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 20, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
NO fon: 04-2621957,04-2622904
ARTIKEL LAIN
RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)
RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)
LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI
PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM
selamat petang, tuan tuan dan puan puan
Nama: LIM SENG BOON
saya nak tanya dulu saya update submit pn1 form sudah chop dan sign sudah 2 bulan belum update system . system masih lama status
selamat pagi, tuan tuan dan puan puan,
saya seorang single mother, saya teringin nak beli rumah kos rendah di penang..boleh tuan atau puan tolong saya
selamat pagi kepada,Tuan-Tuan dan Puan-Puan yg sudi membaca tentang keluangan hati saya.
saya disini adalah seorang penternak lembu kambing dan ayam dan juga tak berapa berpelajaran seperti Tuan tuan dan Puan puan disini.
saya minta untuk beli rumah pun sampai sekarang tak dapat dan beberapa kali pergi ke jabatan tanah balik pulau. Untuk sewa tanah kekosongan daripada tanah kerajaan pun tak dapat untuk lembu lembu saya dan terpaksa untuk jual semua.Dan banyak alasan yg diberi mungkin kerana saya seorang berbangsa india tapi saya banyak menolong orang orang yg berada dlm kesusahan.setiap bulan saya bersama isteri saya membuat nasi bungkus untuk 50 orang untuk orang yg tak dapat makanan,ini tuhan dgn saya saja yg tahu dan saya tak suka mengambil gambar.kita tlg orang satu hari nanti tuhan akan tolong kita.
Masa depan saya sekarang susah saya nak cari makan dan tambah pulah dgn covid-19.
saya bekerja di hotel Rasa Sayang Hotel sebagai Bellman dan langsung tidak mempunyai cari pendapatan lain.
saya cuma untuk minta pertolongan daripara Tuan tuan dan Puan puan agar memahami masalah yg sedang saya hadapi sekarang.
kalau saya tidak dapat rumah pun tak apa,tlglah saya untuk dapatkan tanah tanah kekosongan untuk masa depan saya.saya bukan mampu beli buat masa ini cuma nak menjadi penternak yg berjaya di masa yg akan datang.saya cuma minta sewa tanah saja dimana mana asalkan ia berada didlm kawasan pulau pinang.
saya mohan maaf kalau tersilap cakap kasar atau silap tulis didalam comment ini tolong maafkan saya sekali lagi.
Sekian terima kasih
yang benar
Rajkumar a/l Pannineer salvam
830329-07-5335
016-5278172