eTesting JPJ (Pengalaman Harga Ujian Memandu Test Online Kereta & Motosikal)
Jika anda ingin ambil lesen memandu tahun ini, JPJ akan laksanakan sistem eTesting yang akan melibatkan kalangan pengguna yang mengambil kini. Disini kami akan kongsikan kepada anda tentang pengalaman etetsting ini, semoga membantu.
Apa itu sistem e-Testing?
Mulai bulan April pegawai JPJ tak akan duduk dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu.Sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.
Bagaimanakah cara sistem eTesting JPJ dilaknakan?
Berikut adalah merupakan kaedah pelaksanaan iaitu:
- Pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.
- Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di institut Memandu (IM) terbabit
- Bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi belajar di dalam llitar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.
- JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ. Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.
Apa kelebihan sistem e-Testing?
Berikut adalah merupakan antara kelebihannya iaitu:
- Tidak memerlukan jumlah kakitangan jabatan pengangkutan jalan yang ramaidi samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.
- Sistem keputusan ujian dan test jpj lebih dipercayai dan ada nilai integriti di situ baik untuk kereta ataupun motosikal
- Malah anda boleh dapat keputusan ujian memandu online baik kereta atau motor lebih cepat daripada biasa.
- Borang markah test jpj kereta akan diisi dengan lebih sistematik dan profesional
- Keputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.
Untuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikadi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.
JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ. Sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.
Harga Bayaran Ujian Memandu eTesting JPJ
Berikut adalah merupakan kadar harga kelas memandu terkini iaitu:
- B2 (motorsikal tidak melebihi 250cc) – RM350 hingga RM450
- B (motorsikal tidak melebihi 500cc) – RM900 hingga RM1,100
- D (kereta manual) – RM1,150 hingga RM1,300
- DA (kereta Automatik) – RM1,250 hingga RM1,500
Peringkat eTesting JPJ
Sistem yang baharu ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu:
- Belajar dalam kelas
- Litar
- Jalan raya.
Pengalaman Ujian Memandu eTesting JPJ
Kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT. Biasanya pihak JPJ paling kurang ada 6 orang satu IM (Institut Memandu) guna e-testing kita boleh jimatkan petugas, kita boleh ‘mobilize’ petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja
Sistem itu membolehkan pegawai penguji JPJ memantau dari bilik kawalan manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memand (IM) terbabit.
ARTIKEL LAIN
CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)
SEMAKAN NO PLAT TERKINI ONLINE (Check JPJ Latest Registration Number)
2 thoughts on “eTesting JPJ (Pengalaman Harga Ujian Memandu Test Online Kereta & Motosikal)”