FSA2 PERMOHONAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (Pengeluaran Bersyarat KWSP)

Utama / FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 / FSA2 PERMOHONAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (Pengeluaran Bersyarat KWSP)

FSA2 PERMOHONAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (Pengeluaran Bersyarat KWSP)

Kepada pencarum KWSP, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu untuk membenarkan urusan cagaran bank menggunakan wang caruman KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonon FSA2, semoga membantu.

 

APA ITU FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

 

TARIKH PERLAKSANAAN FSA2

Pencarum KWSP boleh membuat pinjaman bank mulai 7 April 2023

 

FASA PERLAKSANAAN FSA2

Fasiliti ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa Pertama
    • Dibuka kepada ahli yang berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun, dan bagi melayakkan Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai fasiliti ini buat masa ini.
    • Jika ahli memohon fasiliti ini pada umur 40 tahun, maka pembiayaan peribadi ini akan matang apabila ahli berumur 50 tahun, seterusnya ahli boleh membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun.
  • Fasa Kedua
    • Dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut telah dimuktamadkan oleh semua pihak yang terlibat.

 

SYARAT KELAYAKAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  1. Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 Tahun
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonana adalah sekali sahaja
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 Bulan) bermula dari tarikh perlaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalan Akaun 2 KWSP
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  9. memenuhi terma dan syarat yang ditetaplan oleh institusi perbankan yang dimohon

Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

 

INSTITUSI PERBANKAN TERLIBAT FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Buat permulaan, setakat 30 Mac 2023, institusi perbankan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia) yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

  • MBSB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

PROSUDER SEBELUM PERMOHONAN FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Untuk memastikan kelancaran urusan, pastikan anda:

  • Semak kelayakan awal melalui akaun 2 KWSP
  • Buat permohonan melalui bank yang mengambil bahagian
  • Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal di cawangan KWSP atau KLios di UTC berdekatan untuk menerima TAC bagi tujuan semakan kelayakan

 

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Bagi membuat permohonan ini, hanya individu pencarum yang memenuhi syarat kelayakan sahaja dibenarkan menggunakan caruman mereka sebagai cagaran bagi tujuan pembiayaian kewangan.  Berikut adalah merupakan Prosedur permohonan yang dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian iaitu:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  3. Membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

KESAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:

  • Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan
  • Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

 

CARA KIRA AMAUN KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya. Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

 CONTOHAhmadRitaSara
Baki simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskanRM10,000TiadaRM5,500
Amaun kelayakan awalRM50,000

Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000

RM3,000RM0

Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 (FSA2)

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

  • Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.
  • Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Adakah ahli yang telah membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun masih boleh membuat Pengeluaran Umur sebenar 50 Tahun?

  • Ahli masih boleh memohon Pengeluaran Umur 50 Tahun apabila telah mencapai umur 50 tahun, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2.

Apakah yang menyebabkan permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun tidak diluluskan, walaupun ahli telah memenuhi syarat-syarat kelayakan awal?

  • Pembiayaan peribadi tidak diluluskan oleh institusi perbankan kerana tidak menepati terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan; atau
  • Baki simpanan dalam Akaun 2 adalah kurang daripada amaun pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2), anda boleh melayari portal rasmi KWSP

ARTIKEL BERKAITAN:

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *