CARA POS BARANG GUNA KAPAL TERBANG (Berapa Caj Firefly Air Cargo)

Utama / FIREFLY AIR CARGO / CARA POS BARANG GUNA KAPAL TERBANG (Berapa Caj Firefly Air Cargo)

CARA POS BARANG GUNA KAPAL TERBANG (Berapa Caj Firefly Air Cargo)

Selain perkihmatan kurier seperti pos laju, J&T, DHL, ABX dan lain-lain lagi, terdapat juga alternatif lain kepada peniaga atau sesiapa sahaja ingin membuat penghantaran barang dan bungkusan secara selamat dan paling laju di Malaysia.Anda boleh menggunakan Firefly Air Cargo dengan penghantaran sepantas 3 jam dalam hari yang sama. Pantas bukan???

Perkhidmatan ini amat Sesuai kepada sesiapa yang ada urusan kecemasan, atau ingin menghantar barang yang amat penting kepda keluarga dan rakan di negeri lain.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ini telah dimulakan sejak tahun 2020 dahulu. Namun masih ramai yang tidak mengetahui tentang perkhidmatan ini.

Kebanyakan pengguna yang pernah menggunakan servis peghantaran ini amat berpuas hati serta berasa gembira dengan servis yang ditawarkan oeleh pihak FIREFLY AIR CARGO

 

 

MAKLUMAT MENGENAI FIREFLY AIR CARGO

Setiap peniaga amat meninginkan servis penghantaran yang amat pantas diperlukan bagi terutamanya dalam membuat penhantaran barangan seperti makanan, keperluan harian, barangan peribadi atau dokumen kerjayang diperlukan oleh sesetengan individu dalam  bidang koprat.

Bagi memudahkan urusan tersebut, syarikat penerbangan Firefly tampil dengan bangganya memperkenalkan perkhidmatan Firefly Air Cargo.

Untuk rekod, perkhidmatan ini menawarkan perkhidmatan penghantaran terpantas pertama di negara ini di mana setiap barang yang dihantar boleh diterima pada hari sama sepantas tiga jam.

 

 

CAJ / HARGA PENGHANTARAN

Pihak Firefly  menggunakan servis penghantaran kargo premium kepada penggunanya dengan menghantar bungkusan mengikut jadual penerbangan harian dengan tawaran harga servis bermula RM50 untuk bungkusan dua hingga lima kilogram (kg) sehingga maksimum 30kg pada harga RM300. Bagi sesiapa yang merasakan masa itu amat bernilai , sudah pasti cas seperti ini amat berbaloi dan mampu untuk digunakan dalam urusan penghantaran barangan. Berikut merupakan senarai cas@harga bagi setiap berat barang yang telah ditetapkan oleh pihak Firefly Air Cargo

 

BeratHarga
2-5kgRM 50
5.1-10kgRM 100
10.1-15kgRM 150
15.1-20kgRM 200
20.1-25kgRM 250
25.1-30kgRM 300

 

 

CARA HANTAR BUNGKUSAN 

Jika anda berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengikut langkah yang kami kongsikan berikut:

  1. Anda hanya perlu memuat turun borang di laman web rasmi Firefly : https://www.fireflyz.com.my/aircargo
  2. Anda perlu isi dan lengkapkan borang dengan maklumat pengirim dan penerima yang betul dan tepat
  3. Bawa bersama bungkusan untuk dihantar ke kaunter Firefly Air Cargo di lapangan terbang berhampiran
  4. Pilih masa penerbangan yang terdapat di dalam jadual penerbangan Firefly
  5. Barangan akan dihantar mengikut waktu penerbangan
  6. Penerima bersedia untuk ambil Bungkusan dalam masa yang ditetapkan

 

LAPANGAN TERBANG YANG TERLIBAT

  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (SZB)
  • Lapangan Terbang Bayan Lepas, Penang (PEN)
  • Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (TGG)
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu (KBR)
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar (AOR)
  • Lapangan Terbang Langkawi, Langkawi (LGK)

 

LAPANGAN TERBANG YANG TERLIBAT **AKAN DATANG**

  • Lapangan Terbang Senai, (JHB)
  • Lapangan Terbang Kota Kinabalu (BKI)
  • Lapangan Terbang Kuching (KCH)

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut  anda boleh Hubungi pihak Firefly di saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA AIRASIA XPRESS (Check Harga & Perkhidmatan Ditawarkan)

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *