FITBIT ACE 3: SPESIFIKASI, HARGA JUALAN DAN AKAUN

Utama / Uncategorized / FITBIT ACE 3: SPESIFIKASI, HARGA JUALAN DAN AKAUN

FITBIT ACE 3: SPESIFIKASI, HARGA JUALAN DAN AKAUN

Baru-baru ini, Fitibit telah memperkenalkan jam tangan pintar buat kanak-kanak, iaitu Fitibit Ace 3. Jam tangan pintar ini amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 tahun keatas, jam pintar ini mempunyai pelbagai ciri yang menarik buat anak-anak anda.

Selain mempunyai ciri dan program yang menarik, Fitibit Ace 3 ini juga mempunyai variasi wajah jam animasi (clock faces) dan pelbagai aksesori baru untuk anak-anak mempamerkan gaya peribadi mereka.

Jam pintar ini hadir dalam pelbagai warna yang menarik. Antarannya adalah seperti berikut:

  • warna hitam dengan gesper merah
  • warna biru dengan gesper hijau

Baca juga SELANGKAH BIZ 

 

SPESIFIKASI FITBIT ACE 3

Untuk maklumat anda, Fitibit Ace 3 mempunyai banyak spesifikasi yang amat menarik dengan harganya yang mampu milik. Antara sepesifikasinya adalah seperti berikut

  • Jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 8 hari
  • Direka kalis air sehingga 50 meter.
  • Talinya diperbuat daripada silikon klasik dan mempunyai gesper boleh laras. Ia boleh dilaraskan pada pergelangan tangan dengan ukuran 4.8″ sehingga 6.8″ lilitan.
  • Dimensi jam pintar ini pula ialah 1.47″ panjang x 0.66″ lebar x 0.5″ tinggi.
  • Dihadirkan dengan skrin sentuh dengan paparan PMOLED
  • Memorinya mampu menyimpan 7 hari data pergerakan dengan terperinci pada setiap minit.

anda juga boleh muat turun APLIKASI TRUECALLER 

HARGA JUALAN

Untuk pengetahuan anda,dengan harga RM328.00, anda sudah mampu untuk mendapatkan FITBIT Ace 3 .anda boleh dapatkannya melalui secara pra-pesanan bermula hari ini di sini

Selain dari pra pesanan di sini , jam pintar ini juga Ia akan tersedia di Malaysia bermula pada 29 Mac di semua platform dan Gedung berikut:

  • IT Hypermarket
  • Flash Gadgets
  • Harvey Norman
  • Lazada
  • Timekeeper
  • Thunder Match
  • Shopee

 

AKAUN FITBIT

Melalui telefon pintar,anda sebagai ibu bapa boleh mewujudkan akaun keluarga dan membuat akaun anak di aplikasi Fitbit. Dalam paparan ibu bapa, anda mempunyai akses melihat setiap aktiviti yang anak lakukan.

Melalui aplikasi Fitbit, anak-anak anda boleh berhubung dengan rakan dan keluarga yang diluluskan oleh ibu bapa. Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam pertandingan persahabatan melalui cabaran Family Face Off, dan meraikan kemenangan dengan lencana dan trofi virtual.

Ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menyediakan akaun untuk anak dan mengaktifkan Kid View. Dengan ciri ini, anak berusia 6 tahun ke atas dapat melihat statistik pergerakan, lencana dan wajah jam mereka.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk menggunakan produk dan perkhidmatan Fitbit, anda perlu mempunyai aplikasi Fitbit pada peranti yang serasi dengan salah satu sistem operasi berikut:

  • Apple iOS 12.2 ke atas
  • Android OS 7.0 ke atas
  • Sync memerlukan Bluetooth LE dan rangkaian Internet

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *