Permohonan Inisiatif Flysiswa Fasa 2(Sabah Sarawak)

Cara Register Flysiswa Fasa 2

Inisiatif Flysiswa Fasa 2, yang menawarkan subsidi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar tinggi awam untuk perjalanan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, kini dilanjutkan bermula hari ini.

Tarikh Pelaksanaan FlysiswaFasa 2

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Khamis, “Bagi pelajar baru yang mendaftar pada sesi dari 1 Januari hingga 31 Mac ini, program ini akan dilaksanakan dalam fasa kedua bermula bulan Julai ini.”

Setelah melalui penilaian, pelajar dapat membuat permohonan subsidi pembelian tiket penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan terpilih seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly), AirAsia, atau Batik Air.

Permohonan Flysiswa Fasa 2

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang masing-masing syarikat penerbangan. Anda boleh membuat semakan terus ke laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my/.

Untuk permohonan yang diluluskan, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai kredit untuk pembelian tiket penerbangan.

Jika harga tiket yang dibeli kurang daripada RM300, baki kredit akan disimpan dalam baucar digital dan boleh digunakan untuk pembelian tiket pada masa akan datang.

Tarikh Penting Flysiswa Fasa 2

Berikut adalah butiran penting mengenai Fasa 2:

  • Tarikh permohonan baucar tiket penerbangan adalah dari 2 Mei 2024 hingga 30 November 2024.
  • Tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 30 September 2024.
  • Tarikh akhir untuk menebus baucar tiket penerbangan adalah 31 Disember 2024. Walau bagaimanapun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar masih dibenarkan.

Artikel Lain

SEMAKAN KADAR ROAD TAX KENDERAAN MILIK PERSENDIRIAN & SYARIKAT(Semenanjung Sabah Sarawak)

Leave a Comment