FWD TAKAFUL BERHAD (Login & Claim fwd.com.my)
Sekiranya anda ingin mencari pelan takaful kepada anda dan keluarga sudah tentu anda akan mencari pilihan yang terbaik. Antara salah satu pelan takaful yang ada adalah FWD Takaful Berhad. Artikel ini memberikan maklumat mengenai pelan takaful yang disediakan oleh FWD Takaful, semoga membantu.
APA ITU FWD TAKAFUL BERHAD
FWD Takaful adalah syarikat takaful pertama Kumpulan FWD (FWD). FWD yang ditubuhkan pada 2013 adalah cabang perniagaan insurans kumpulan pelaburan Pacific Century Group yang telah merentasi sembilan pasaran di Asia dan antara syarikat insurans paling pesat berkembang di rantau ini.
PRODUK FWD TAKAFUL BERHAD
FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan tiga pelan takaful menarik bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan pada masa kini iaitu:
- FWD Family First
- FWD Future First
- FWD Invest First Tune Protect
TAKAFUL FWD FAMILY FIRST
- FWD Family First adalah pelan takaful perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga dalam satu perlindungan sahaja.
- Mengunapakai berdasarkan kontrak Wakalah yang bertepatan dengan Syariah dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah syarikat.
- Perlindungan keseluruhan sehingga 250 peratus daripada jumlah yang dilindungi, termasuk melindungi 36 penyakit kritikal utama dan 20 penyakit kritikal ringan untuk keluarga dan menyediakan manfaat kematian untuk ibu bapa.
- Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, pemilik sijil akan dibayar amaun paling rendah sama ada 100 peratus daripada jumlah dilindungi atau baki jumlah dilindungi keluarga.
- Pembayaran 100 peratus daripada jumlah dilindungi jika salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi meninggal dunia semasa dalam tempoh perlindungan.
- Diberikan pengecualian semua sumbangan yang perlu dibayar dari tarikh kematian salah seorang daripada ibu bapa yang dilindungi dan sumbangan Takaful seterusnya akan dikecualikan secara automatik apabila pihak FWD Takaful membayar manfaat kematian.
- Pengecualian banyaran manfaat kepada tiga kriteria iaitu
- Bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri
- Tindakan menyalahi undang-undang
- Peperangan
TAKAFUL FWD FUTURE FIRST
- FWD Future First, adalah pelan takaful direka untuk memastikan orang tersayang dapat kembali berdikari dari segi emosi dan kewangan.
- Mengunapakai berdasarkan kontrak Wakalah yang bertepatan dengan Syariah dan dipantau oleh jawatankuasa Syariah syarikat.
- Menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan antaranya sesi bersama kaunselor kesedihan yang berkelayakan untuk memberi sokongan emosi dan juga nasihat undang-undang daripada pakar bebas. Selain itu khidmat kaunseling kesedihan; khidmat nasihat undang-undang dan sokongan Badal Haji untuk pelanggan Islam.
- Manfaat kematian, jumlah dilindungi akan dibayar sepenuhnya kepada penama pemegang sijil manakala
- Manfaat hilang upaya penuh dan kekal (HUPK), jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan jangka panjang dan lain-lain.
- Manfaat penyakit terminal (PT), jumlah dilindungi akan dibayar secara penuh dan boleh digunakan untuk menampung kos penjagaan hospital anda.
- Ketiga-tiga manfaat ini disertakan bersama manfaat unik iaitu takaful pasangan, yang mana pasangan boleh menikmati pengecualian dari membuat sumbangan untuk dua tahun yang pertama dan boleh memohon sijil takaful yang baharu tanpa sebarang pengunderaitan dengan jumlah dilindungi sebanyak RM100,000 untuk tempoh dua tahun.
- Manfaat pengurusan pengebumian yang mana FWD Takaful akan membayar pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada manfaat kematian untuk menampung perbelanjaan pengebumian dan perubatan orang dilindungi sebaik sahaja menerima sijil kematian
- Pengecualian banyaran manfaat kepada tiga kriteria iaitu
- Bunuh diri atau kecederaan yang disengajakan ke atas diri sendiri
- Tindakan menyalahi undang-undang
- Peperangan
TAKAFUL FWD INVEST FIRST TUNE PROTECT
- FWD Invest First, di mana terdapat tiga pelan diperkenalkan sebagai penyelesaian takaful berkaitan pelaburan yang fleksibel untuk membantu keperluan masa depan anda serta melindungi anda dan keluarga iaitu:
- Education Plan
- Wealth Plan
- Legacy Plan.
- Education Plan adalah pelan berkaitan pelaburan yang membantu meningkatkan simpanan anda untuk masa depan anak-anak sambil melindungi kewangan anda. Ia boleh diubah suai untuk kemudahan pendidikan anak-anak dengan mengeluarkan simpanan sekali gus atau berperingkat mengikut keperluan dan boleh menukar ke Wealth Plan atau Legacy Plan tanpa sebarang kesulitan.
- Wealth Plan membolehkan anda mengembangkan kekayaan anda dan pada masa sama memberi perlindungan takaful, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda. Perlindungan di bawah pelan ini boleh disesuaikan mengikut peringkat usia dan pemegang sijil boleh memilih pilihan dana yang lebih luas untuk melabur.
- Legacy Plan pula adalah pelan berkaitan pelaburan yang boleh membantu anda memindahkan harta kepada yang tersayang melalui hibah jika kejadian yang tidak diingini berlaku, dan mengelakkan proses prmbahagian harta yang kompleks. Pemegang sijil boleh memilih pilihan dana yang lebih luas untuk melabur dan meningkatkan perlindungan mengikut keperluan.
CARA PERMOHONAN TAKAFUL FWD
Untuk membuat permohonna Takaful FWD, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari website https://www.fwd.com.my/
- Pilih pada product yang anda ingin. Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai product dengan klik pada Product Info
- Sekiranya berminat pada salah satu product, klik pada Dapatkan Sebut harga Sekarang
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
- Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan.
CARA CLAIM TAKAFUL FWD
Untuk membuat tuntutan takaful, sila layari pautan https://www.fwd.com.my/claims/. Sila ambil perhatian, anda harus maklumkan kepada pihak FWD Berhad secepat mungkin jika tuntutan akan dibuat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan takaful FWD Berhad, sila layari website rasmi fwd.com.my atau hubungi talian 1300137988.
ARTIKEL LAIN
CARA BAYAR TAKAFUL INSURANS (Guna Maybank2u & CIMB CLICKS)