PERMOHONAN GANTIAN MyKAD ROSAK HILANG (Cara Tukar IC Online MyPhone-In JPN)

PERMOHONAN GANTIAN MyKAD ROSAK HILANG(Cara Tukar IC Online MyPhone-In JPN)

 

Adakan anda pernah membuat permohonan ganti MyKad rosak hilang melalui perkhidmatan talian di dalam telefon.

Jika anda tidak mengetahui, kali akan kongsikan berkaitan MyPhone-In JPN untuk anda membuat permohonan ganti Mykad anda yang telah mengalami kerosakan.

Selain dari menggunakan sistem gantian online, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.

 

PERMOHONAN GANTIAN MyKAD ROSAK HILANG(Cara Tukar IC Guna MyPhone-In JPN)

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK PERKHIDMATAN MyPHONE-IN JPN

Sebelum anda membuat permohonan, anda mestilah mengetahui syarat-syarat . Anda digalakan untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana boleh jimatkan masa dan tenaga tanpa perlu beratur di kaunter JPN untuk perkhidmatan yang boleh anda lakukan sendiri melalui telefon.

  • Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja
  • Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)
  • Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
  • Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
  • Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
  • Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

 

CARA GANTIAN  MYKAD ROSAK HILANG MELALUI TELEFON

Jika anda ingin membuat gantian MyKad rosak hilang melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN,  anda boleh buat panggilan ke talian berikut:

 

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

 

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang

PERMOHONAN GANTIAN MyKAD ROSAK HILANG(Cara Tukar IC Online)

 

1. Layari Portal MyGovernment (Gantian MyKad 2.0)

Google sahaja dan taip PERMOHONAN GANTIAN MYKAD 2.0 atau boleh terus melayari sesawang mereka di link
https://malaysia.gov.my/

 

2. Buat Permohonan Gantian IC Hilang / Rosak
Senang saja, mula-mula daftar.

 

Kemudian login dan buat permohonan.

Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran online.

 

Kemudian print resit rasmi.

 

3. Semak Status

Tunggu sehari atau lebih, kemudian follow up status permohonan dengan mengunakan khidmat mySMS.

Taip – JPN MyKAD dan hantar ke 15888.

Tunggu balasan untuk ketahui status permohonan sama ada ditolak, diterima atau sedia diambil.

 

4. Ambil Kad Pengenalan Di Kaunter JPN

Kalau sudah terima SMS ‘sedia diambil’, bawa ke JPN bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.

Nanti resit tu bagi sama abang Rela atau sekuriti dan tunggu nama anda dipanggil untuk thumb print.

Sekejap saja urusan selesai di JPN.

Cuma bila tukar kad pengenalan secara online, gambar tu masih guna yang sama sebab tiada ambil gambar baru. Itu sajalah.

 

 

SENARAI PEJABAT JPN

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

 

SOALAN LAZIM

 

Berapa bayaran jika Kad Pengenalan Rosak?

Bagi kad pengenalan yang rosak,permohonan penukaran perlu dilakukan dengan segera.

Anda perlu hadir ke pejabat JPN dengan membawa bersama IC yang rosak.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.

 

Bagaimana cara  jika buat Pertukaran Alamat pada kad pengenalan?

Jika anda ingin membuat penukaran alamat pada IC, anda perlu hadir ke JPN dengan membawa dokumen sokongan yang menandakan adna telah berpindah tempat.

Dokumen tersebut antaranya adalah:

  1. Bil elektrik
  2. Utiliti
  3. Cukai pintu
  4. Perjanjian jual/beli / sewa rumah
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bayaran adalah sebanyak RM10. bayaran RM2 jika penukaran alamat di dalam cip sahaja tanpa mengeluarkan IC yang baharu.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang cara gantian MyKad rosak hilang melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

ATAU

hubungi 03-8000 8000

Facebook: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

 

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN

TEMUJANJI ONLINE JPN:CARA BUAT JANJI TEMU JABATAN PENDAFTARAN NEGARA(MyJanjiTemu JPN)

PERMOHONAN MyKID JPN 2022 (Semak semakan.jpn.gov.my)

WAKTU OPERASI JPN 2022 (Jabatan Pendaftaran Negara)

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *