Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani) adalah inisiatif baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk memberi bantuan kepada petani, penternak, dan pengusaha akuakultur. Salah satu syarat utama untuk menerima bantuan ini adalah mendaftar dalam sistem GeoAgro.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengumumkan bahawa individu yang layak dan memenuhi syarat boleh mendaftar melalui portal yang disediakan. Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan bersamaan dengan penyasaran subsidi diesel.
Untuk petani kecil dan pekebun kecil komoditi, mereka boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi, yang merupakan sebahagian daripada program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini khusus untuk petani kecil dan pekebun kecil di Semenanjung Malaysia yang telah berdaftar dengan KPKM atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat kelayakan untuk program ini termasuk menjadi warganegara Malaysia, berdaftar dengan KPKM atau agensi berkaitan, dan aktif dalam pengeluaran hasil pertanian. Pengusaha pertanian kecil yang memenuhi kriteria tertentu juga boleh memohon secara dalam talian melalui laman web BUDI MADANI.
Proses pendaftaran dalam sistem GeoAgro adalah seperti berikut:
- Layari laman web GeoAgro di https://geoagro-register.kpkm.gov.my/login
- Klik pada butang “Daftar Sebagai Penguna Baru”
- Isi maklumat yang diminta
- Klik kotak pengesahan
- Klik butang “Simpan”
Untuk log masuk seterusnya:
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
- Klik butang “Log Masuk”
Jika memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan GeoAgro, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas melalui emel [email protected].