GERAN AGROPRENEUR MUDA (Borang Permohonan)

Utama / GERAN AGROPRENEUR MUDA / GERAN AGROPRENEUR MUDA (Borang Permohonan)

GERAN AGROPRENEUR MUDA (Borang Permohonan)

Berita baik buat golongan belia, Geran Agropreneur Muda telah dibuka ini melalui Program Agropreneur Muda yang diadakan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

 

GERAN AGROPRENEUR MUDA 

Program ini merupakan inisiatif Kementerian terhadap golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

Fokus utama GERAN AGROPRENEUR MUDA  diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti :

  • Tanaman
  • ternakan
  • perikanan
  • industri makanan termasuk pemasaran
  • penyediaan perkhidmatan sokongan
  • input pertanian
  • agropelancongan

 

OBJEKTIF GERAN AGROPRENEUR MUDA 

Objektif Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Menarik golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang agromakanan.
  • Mengubah persepsi golongan belia terhadap sektor agromakanan sebagai industri yang berdaya maju.
  • Meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
  • Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (2011 – 2020).

 

KUMPULAN SASARAN

Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 – 40 tahun.

 

JENIS BANTUAN @ KEMUDAHAN

Terdapat Tiga jenis bantuan ataupun kemudahan yang ditawarkan bagi program ini iaitu :

  1. Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan.

Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan

Geran Agroprenuer Muda (GAM) tidak perlu dibayar balik.

  1. Pembiayaan

Pakej Pembiayaan dengan caj kewangan sebanyak dua peratus (2%) setahun. Skop pembiayaan adalah bagi peluasan projek (Projek Expansion) pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun.

Had maksima Agensi Pembiaya seperti berikut:

  • TEKUN Nasional –  Sehingga  RM 50,000 bagi setiap projek
  • Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek
  1. Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif

Khidmat nasihat teknikal, konsultasi dan latihan yang bersesuaian turut disediakan melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat bagi kelayakan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
  • Boleh membaca, mengira dan menulis;
  • Individu yang baru memulakan projek WAJIBmengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI;
  • Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan
  • Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

Syarat Tambahan Permohonan Geran

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.

Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

  1. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;
  2. Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran; dan
  3. Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing dan Agensi pembiaya.

* pemohon layak menerima geran sekali seumur hidup sahaja.

 

CARA MOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen yang dikongsikan seperti senarai berikut :

  1. Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport (rujuk Lampiran 1);
  2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 2);
  3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM (Lampiran 1) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  4. Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau
  5. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

 

MUAT TURUN BORANG

Peringkat Pendaftaran ( asas )

Peringkat Pendaftaran dan Permohonan (Pembiayaan)

Peringkat Pembekalan

Peringkat Pembayaran

Peringkat Pemantauan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut serta sebarang hebahan mengenai Program Agropreneur Muda, sila hubungi saluran yang dikongsikan berikut:

 

Artikel Lain

HARTANI-I AGRO BANK (Permohonan Pembiayaan Tanah Pertanian)

9 Comments

  1. Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh,

    Saya bernama Mohd Hafiza B. Azha no.kad pengenalan 8405190354– amat berasa gembira sekali apabila kerajaan baharu sekarang telah banyak mengkaji semula tentang program agropreneur muda pada tahun 2021 ini dan juga telah memberi ruang dan peluang kepada belia muda, syabas saya ucapkan kepada kerajaan baharu sekarang yang amat telus kepada generasi muda yang hendak memohon program agropreneur muda pada pertama kalinya per individu.

    Saya juga turut hendak memohon jenis bantuan geran agropreneur muda (GAM) dalam penternakan lembu atau kerbau, InshaAllah. Bagi saya dalam sektor perladangan seperti haiwan sememangnya ianya boleh pergi ke peringkat ke globalisasi jika mempunyai keluasan tanah yang luas, mempunyai mesin-mesin yang canggih, mempunyai pekerja yang minat dengan kerjaya dan sebagainya.

    Saya berharap kepada pihak kerajaan dapat memberi saya ruang dan peluang dalam program agropreneur muda tahun 2021 ini, Jika diberi peluang kepada saya diperingkat bawah dahulu, dua tapak tangan saya akan tadahkan dengan menerima dan mengucapkan tanda syukur alhamdulillah kepada Allah swt. Apabila saya sudah dapat mencapai keuntungan yang tinggi dalam sektor agropreneur muda ini secara automatik saya boleh ke peringkat membuka cawangan penternakan tempat lain, inshaAllah. Ini juga dapat menjimatkan kos pengguna Malaysia untuk membeli daging segar dan bekalan daging segar tempatan akan menjadi lebih banyak seterusnya tidak dikhuatiri dengan campuran daging tidak halal.

    Saya menonton berita dikaca televisyen mengenai isu kekurangan penternakan haiwan lembu, kerbau, dan kambing yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pertanian & Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

    Dengan itu, saya ingin memohon kerjasama kerajaan Malaysia iaitu MOA dapat membantu menjayakan permohonan saya ini walaupun saya tiada mempunyai tanah persendirian mahupun tanah turun-menurun daripada keturunan keluarga ibu-bapa. Ini tidak mematah semangat saya kerana bagi saya dalm sektor penternakan ianya boleh menjana pendapatan keuntungan tinggi serta dapat membantu ekonomi negara Malaysia.

    Sekian, Terima-kasih

    MOHD HAFIZA BIN AZHA

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *