CARA DAFTAR GRAB CAR DRIVER(REGISTER ONLINE PEMANDU grab.com/my/)

CARA DAFTAR GRAB CAR DRIVER(REGISTER ONLINE PEMANDU grab.com/my/)

Mencari rezeki adalah satu tanggungjawab yang besar. Bahkan kita dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan berkat. Tambahan pula, zaman kini yang mengalami krisi ekonomi global yang menghadkan pengambilan kerja. Akan tetapi, adakah anda berminat untuk menjadi pemandu Grab? Jadual waktu yang fleksibal dan bayaran yang lumayan boleh diperolehi asalkan kita rajin dan berusaha. Percayalah rezeki ada dimana-mana.Untuk itu, kami sediakan panduan bagi membuat register Grab Car Driver online pada artikel kali ini. Janganrisau, caranya mudah sahaja dan ikuti penerangan hingga ke akhir artikel ini.

 

APAKAH GRAB DRIVER ?

Perkhidmatan Grab Driver adalah satu perkhidmatan menjadi pemandu mengambil dan menghantar pelanggan. Ia meliputi GrabTaxi dan perkhidmatan e-hailing sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tambahan apabila anda mendaftar untuk memandu dengan Grab. Untuk menjadi seorang Grab Driver anda hendaklah register secara online dan memenuhi berberapa syarat yang diberi. Selain jadi grab driver, anda boleh juga buat partime dengan menjadi rider antaranya

 

CARA DAFTAR GRAB CAR DRIVER ONLINE

Tanpa berlengah lagi, berikut adalah cara yang perlu anda lakukan untuk register Grab Driver Online :

  1. Layari portal rasmi Grab iaitu di https://www.grab.com/my/
  2. Pada pilihan menu di atas sebelah kiri, klik pada butang Be Our partner. Seterusnya tekan pada pilihan Grab Driver Partner.
  3. Pada paparan tersebut akan keluar butang Sign up. Masukkan maklumat diperlukan pada paparan.
  4. Tandakan pada kotak link I agree to the terms & conditions. Baca dahulu semua terma & syarat yang dinyatakan.
  5. Tandakan juga pada kotak I have read, understand and agree to Grab’s Privacy Policy.
  6. Apabila anda tekan butang SIGN UP NOW, empat digit kod akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan tadi. Masukkan kod tersebut.
  7. Setelah anda memasukkan kod empat digit, secara automatik anda akan dibawa ke paparan Personal.
  8. Pada paparan personal sila lengkapkan maklumat berikut ;
    • Profile Rakan Pemandu
    • Kad Pengenalan
    • Lesen Memandu
    • Maklumat Akaun Bank
    • Emergency Contact
  9. Pada setiap dokumen diminta anda hendaklah menekan butang Save.
  10. Tips, anda hendaklah mengambil gambar terlebih dahulu untuk di upload. Ini akan memudahkan proses pendaftaran anda. Gambar yang diperlukan adalah seperti gambar anda (selfie), kad pengenalan, lesen memandu dan yang berkaitan. Pastikan gambar jelas dan terang.
  11. Selesai bahagian Personal, isikan pula bahagian Transport. Pada Bahagian ini maklumat yang diminta adalah seperti :
  12. Tips, pada bahagian ini gambar dokumen yang diperlukan adalah gambar polisi insurans, road tax kenderaan anda dan geran. Sila ambil gambar yang jelas dan terang.
  13. Selesai anda mengisi maklumat tekan butang NEXT.
  14. Bagi setiap permohonan berjaya anda akan dihubungi oleh Grab melalui emel atau SMS. Sedikit tips, jika permohonan anda belum berjaya setelah membuat permohonan, gunakan emel dan nombor telefon yang baharu untuk permohonan baharu. Semoga berjaya!

 

SEMAKAN SYARAT PERMOHONAN GRAB CAR DRIVER

Berikut pula adalah syarat yang perlu untuk menjadi seorang GrabDriver :

  • Telefon pintar yang berfungsi (iOS atau Android) dengan pelan data
  • Berumur 21 tahun hingga 69 tahun sahaja layak menohon
  • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan Biru
  • Akses kepada kereta (dengan Lesen Memandu Malaysia yang sah dan lesen PSV)
  • Menjalani Pemeriksaan Kesihatan sebelum memohon lesen PSV
  • Kereta anda juga perlu bereadaan baik, kurang daripada 10 tahun.
  • Semakdi sini untuk lihat kenderaan anda layak atau tidak.

 

SOALAN LAZIM

Apakah manfaat menjadi pemandu e-hailing dengan Grab?

Dengan mendapatkan lesen PSV dan mengaktifkan E-Hailing anda, anda akan berpeluang nikmati manfaat berikut:

  • Rakan Pemandu yang mengaktifkan kedua-dua E-hailing dan Pendaftaran, secara purata akan menjana pendapatan 2x lebih lagi untuk tempoh masa bekerja yang sama berbanding Rakan Pemandu yang hanya boleh membuat Penghantaran kerana mereka boleh mengakses lebih banyak tempahan.

Selain daripada lebih peluang menjana pendapatan, kami juga menyediakan bantuan dalam proses memperoleh lesen PSV melalui cara-cara berikut:

  • Pembayaran balik daripada Grab ke atas kos-kos yang berkaitan
  • Panduan langkah demi langkah dalam talian untuk dapatkan lesen

 

Berapakah kos untuk menjadi Grab Car Driver?

Berikut merupakan kos yang diperlukan untuk menjadi GrabDriver:

  • Lesen PSV = RM80 – RM200
  • Insuran e-hailing = RM1-3/sehari ; RM300/RM500/setahun (bergantung kepada syarikat insuran.
  • Pemeriksaan Puspakom E-hailing = RM75 untuk pertama kali, RM55 tahun berikutnya
  • EVP Grab(Permit Kenderaan E-Hailing) = Grab membayar kos EVP sebanyak RM155

 

MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Jika anda telah membuat pendaftaran dan tiada sebarang maklum balas daripada Admin Grab, hantarkan pertanyaan melalui WhatsApps ke 60168000804 atau melalui Grab Help Center emelkan ke [email protected]

2 Comments

  1. Saya dah daftar sebagai grab food car tapi tak pasti saya berjaya ke dalam proses pendaftaran tu sebab tak ada soalan jawap kuiz masa tu..adakah tak lulus..

  2. Saya nak mendaftar sebagai pemandu grab car. Apakah yang patut saya lakukan??untuk menjadi salah seorang daripada pemandu grab..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *