GRADPRENEUR@PERAK FASA 3 (Permohonan Program Keusahawanan Graduan Perak)

Utama / GRADPRENEUR@PERAK / GRADPRENEUR@PERAK FASA 3 (Permohonan Program Keusahawanan Graduan Perak)

GRADPRENEUR@PERAK FASA 3 (Permohonan Program Keusahawanan Graduan Perak)

Kepada belia yang telah bergraduasi di Negeri Perak, Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan Program Gradpreneur@Perak  untuk memberi peluang kepada anak Negeri Perak yang terlibat dalam menceburi perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK  

Gradpreneur@Perak adalah program yang menawarkan latihan, pembiayaan serta khidmat nasihat kepada graduan untuk menceburi atau mengembangkan bidang perniagaan mereka. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Program PENJANA KPT-CAP yang merupakan inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran.

Program ini terbuka kepada graduan lepasan Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK  

Kepada pemohon yang berminat mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia. Pemohon graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun 2019 – 2021 sahaja. (Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja)
  3. Pemohon mempunyai SSM/lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
  4. Graduan yang baru ingin memulakan perniagaan juga boleh memohon.
  5. Pemohon menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  6. Pemohon menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  7. Perniagaan yang dijalankan pemohon adalah mematuhi undang-undang Malaysia.

 

KELEBIHAN PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK  

Antara kelebihan program ini adalah:

  • Latihan Keusahawanan Bersijil selama 15 hari
  • Pinjaman mikro kredit (tanpa faedah) sehingga RM5000
  • Sesi khidmat nasihat perniagaan untuk 6 bulan pertama memulakan perniagaan

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK  

Permohonan program ini boleh dibuat sebelum 31 Ogos 2022, jam 5.00 petang.

 

TEMPAT PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK

Program ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites, Universiti Perguruan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, Perak.

 

TARIKH PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK 

Program ini akan berlangsung di Hotel Scholar Suites yang akan dilaksanakan pada 19 September 2022 hingga 28 September 2022

 

CARA PERMOHONAN PROGRAM GRADPRENEUR@PERAK  

Berrikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/YPGkohort3
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Semak kembali dan pastikan maklumat diisi dengan betul
  4. Setelah lengkap klik pada Submit
  5. Permohonan telah Berjaya di hantar

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Gradpreneur@Perak, anda boleh merujuk:

  • Dr Sharul Effendy Janudin (UPSI)- 012 211 8608
  • Yayasan Perak- 05 246 0227

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK PERAK:Cara Permohonan & Semakan Status(lphp.perak.gov.my/)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *