GsPel GIATMARA 2022 (Permohonan Pengambilan Pelatih Baru Online)

GsPel GIATMARA 2022 (Permohonan Pengambilan Pelatih Baru Online)

GsPel GIATMARA

PERMOHONAN GIATMARA bagi ambilan tahun 2022 kini telah dibuka. Kepada sesiapa yang berminat, pemohonan boleh dibuat secara online Disini kami akan kongsikan cara permohonan GsPel Giatmara dan senarai kursus yang ditawarkan melaui GsPel GiatMara, semoga membantu

 

APA ITU GsPEL

Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) adalah satu sistem yang berasaskan Aplikasi Web bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau kemasukan pelatih sehingga pelatih tamat bagi Ibu Pejabat GIATMARA, Pejabat GIATMARA Negeri dan juga semua Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.

 

FUNGSI GsPEL

Sistem GSPel ini antara lain menguruskan:

  • Proses permohonan pelatih secara atas talian,
  • Proses temuduga dan pendaftaran pelatih di Pusat GIATMARA,
  • Proses pengurusan dan pengeluaran elaun pelatih,
  • Proses pemarkahan dan persijilan pelatih, dan
  • Proses mengemaskini maklumat pelatih.

 

KELEBIHAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan kelebihan yang terdapat sekiranya anda memasuki giatmara:

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)

 

SYARAT KELAYAKAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Bumiputera
  • Berumur 15 Tahun Ke atas
  • Sihat tubuh badan
  • Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari
  • Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.

 

SENARAI KURSUS GIATMARA

Berikut adalah merupakan anatar kurus yang ditawarkan:

  • Kursus Kluster Komputer dan Networking
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kluster Senibina
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Creative Media

 

SENARAI LOKASI GIATMARA

Untuk menyemak senarai lokasi giatMara tersedia, anda boleh merujuk DI SINI

 

PENSIJILAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan pensijilan GiatMara:

  • Sijil Profesional
  • Sijil Kemahiran
  • Sijil Modular
  • Sijil Teknologi
  • Sijil Kehadiran
  • Sijil Kemahiran Warisan
  • Sijil Perantisan
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

 

CARA PERMOHONAN GsPel GIATMARA

Berikut adalah merupakan cara permohonan online:

  1. Layari pautan Permohonan Online 
  2. Masukkan No kad Pengenalan anda, klik seterusnya
  3. Isikan maklumat diperlukan dengan lengkap
  4. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan anda

 

CARA PERMOHONAN GIATMARA

Berikut adalah merupakan cara permohonan secara manual:

  1. Muat turun Borang Permohonan 
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut
  3. Hantar terus kepada GiatMara yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

 

PANDUAN PERMOHONAN GIATMARA

  • Program latihan adalah secara Sepenuh Masa (Full Time)
  • Program latihan secara Separuh Masa (Part Time) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  • Menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh Giatmara di seluruh Malaysia
  • Menyemak lokasi Giatmara berhampiran anda
  • Mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  • Menyemak Manual Permohonan secara online

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makumat lanjut mengenai Permohonan GsPel GiatMara 2022, sila merujuk website rasmi Giatmara di pautan http://giatmara.edu.my/

3 thoughts on “GsPel GIATMARA 2022 (Permohonan Pengambilan Pelatih Baru Online)”

Leave a Comment